Penganggur di Pagi Raya

Posted on

Penganggur di Pagi Raya

Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi publish cerita ni. Harap tak de yang kecam aku. Sebelum tu, selamat hari raya buat pembaca.

Aku cuma nak meluahkan apa yang jadi pada hari raya pertama yang baru je jadi hari ni. Aku seorang bekas pelajar postgraduate dan masih lagi tiada rezeki dalam dunia pekerjaan sejak bergraduasi tahun 2016.

Hari raya pertama, seperti rutin harian tahun-tahun sebelum ni, kebiasaanya keluarga aku akan menziarah adik beradik sebelah ayah dan sebelah ibu aku. Tahun ni,setiap rumah yang aku kunjungi, mesti ada yang bertanyakan soalan dah keje mana sekarang dan bila aku bagi jawapan tak keje lagi, diorang akan jawab, tak pe, tak de rezeki lagidan ada rezeki yang lagi baik.

Berbeza dengan satu rumah yang aku pergi, iaitu rumah mak cik dan pakcik aku. Hari pertama iaitu hari ini, keluarga dan anak biras mereka turut ada dirumah tersebut. Biras ke besan ye? Aku pon tak tahu guna yang mana satu. Cuma yang pasti, satu keluarga yang ada tu adalah keluarga mertua anak mak cik aku. Maksudnya, mertua sepupu aku la. Kemuncak cerita ni terjadi bila biras mak cik aku tanya aku belajar di mana dahulu, dan baru la aku tahu yang aku dan anak dia sama tempat belajar. Aku tanya anak dia grad waktu bila.

Yang membezakan kami, anak dia grad setahun awal daripada aku. Tiba-tiba, mak cik aku menyampuk dan bagitahu semua orang yang ada dalam rumah, dia ni dah grad setahun, tapi sampai sekarang tak kerja-kerja. Belajar tinggi tapi sayang tak kerja.

Terkejut aku waktu tu. Rasa malu pon ada. Lagi-lagi bila adik aku terus pandang aku dengan reaksi yang macam tak sangka mak cik aku akan cakap macam tu. Di depan semua orang. Diulangi, depan semua orang dengan nada macam nak bagi semua orang dalam rumah dengar. Lepas mak cik aku cakap macam tu, aku terus rasa tak tahu nak respon apa. Dia gelak, aku pon gelak, tapi gelak yang janggal.

Balik dari beraya, adik aku ada la pujuk aku pasal benda ni. Aku cakap aku okay je. Lagi pon memang betul kan aku tak kerja. Untuk pengetahuan, aku dah banyak kali pergi interview, cuma rezeki aku tak sampai lagi. Allah nak suruh aku duduk dengan mak ayah aku lagi kot sebab mana la tahu takut dah kerja, aku tak de masa dengan diorang. Aku positif je. Aku selalu fikir macam tu. Surah-surah murah rezeki, solat dhuha macam dah jadi rutin harian aku. Yang aku nampak, rezeki orang yang dekat dengan aku makin mencurah-curah. Ayah dan tunang aku dinaikkan pangkat. Emak aku bulan tu dapat duit kutu, duit raya bos bagi lagi dengan kawan dia bayar hutang la.

Korang mesti fikir kenapa aku tak kerja biasa-biasa dulu kan? Emak ayah aku tak bagi selagi aku tak dapat kerja yang betul-betul. Mak ayah aku okay je aku tak kerja lagi. Cuma, orang luar la yang ambil berat sangat pasal aku ni. Di saat orang lain risau dapat soalan bila nak kahwin?, aku rasa, soalan paling sensitif untuk orang macam aku waktu raya ni bila nak kerja?.

Aku harap, korang doakan la rezeki aku dalam dunia pekerjaan. Kesian jugak dekat mak ayah aku bila orang asyik tanya anak dia sekarang kerja mana. Cuma untuk makcik, pakcik dan siapa siapa je la, kalau kau nampak orang tu belajar tinggi tapi tak kerja, jangan la macam perlekehkan dia. Benda macam ni rezeki. Rezeki Allah kan datang dalam pelbagai bentuk?

N

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *