‘Pendekar’ jual capal

Posted on

Kuala Terengganu: Berbusana Melayu lama lengkap bertanjak dan bersamping antara pendekatan digunakan tiga pemuda dari Kampung Pulau Manis ketika menjual capal tradisional Terengganu di Dataran Shah Bandar sejak 20 Ramadan lalu.

Ternyata idea kreatif digunakan dua beradik iaitu Mohd Arif Kori, 32, dan Mohd Ghazali Kori, 30, bersama sahabat mereka, Syed Afifi Syed Yahya, 23, meraih perhatian pengunjung di Tapak Niaga Dataran Shah Bandar itu.

Mohd Arif berkata, permintaan dan sambutan terhadap capal tradisional Terengganu yang dijual meningkat berbanding tahun sebelum ini.

“Kami berniaga capal sejak 2010 namun permintaan diterima pada Ramadan kali ini paling tinggi termasuk tempahan secara dalam talian.

“Seronok berniaga sepanjang Ramadan, idea kami mengenakan busana Melayu lama menjadi perhatian ramai, sekali gus menyebabkan capal dijual laris berbanding kebiasaan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *