Pemandu Kereta Dibelasah Ganggu Orang Solat Jumaat

Posted on

SIKAP melampau segelintir masyarakat yang tidak menghormati pihak yang lain menjalankan ibadah dilihat amat keterlaluan.

Seorang lelaki dikatakan menganggu umat Islam sedang menunaikan solat jumaat dengan membunyikan hon tanpa henti. Kejadian tersebut berlaku di Austin Perdana, Johor Bharu.

Selepas selesai mengerjakan solat jumaat, lelaki tersebut dilihat masih menganggu umat Islam dengan membawa kereta dengan cara yang membahayakan mereka yang baru selesai mengerjakan tuntutan Islam tersebut.

Berang dengan tindak tanduk kurang ajar lelaki tersebut, beliau telah dipukul setelah keretanya dipecahkan oleh orang disekeliling. Memang lelaki ini sengaja cari pasal pada hari Jumaat ketika umat Islam beribadah.

– PRU14.tvhttp://www.pru14.tv/2017/05/05/video-pemandu-kereta-dibelasah-ganggu-orang-solat-jumaat/

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *