Pelakon Baru Tolonglah Timba Ilmu Lakonan – Haliza Misbun

Posted on

Nampaknya seorang demi seorang pelakon senior telah tampil untuk menasihati para pelakon baru yang bergantung hanya kepada paras rupa dan populariti. Selepas Nabila Huda, kini giliran Haliza Misbun pula memberi teguran. Secara jujurnya, apa yang dikatakan oleh mereka berdua ini memang betul. Abang Nara bila tengok lakonan pelakon-pelakon baru di kaca tv memang terasa nak sumpah seranah. Siap tertanya-tanya macam mana diorang nie boleh jadi pelakon kalau berlakon kayu macam tue.

Kata Haliza Misbun:-

Ingin saya ingatkan di sini, saya merayu kepada semua pelakon baru tolonglah timba ilmu lakonan sebab saya sendiri dah penat nak berdepan dengan pelakon-pelakon yang tak bersedia di set. Jangan hanya bersandarkan kepada populariti dan jumlah pengikut yang ramai di media media sedangkan ilmu lakonan kosong.

Satu perkara yang saya sering tekankan kepada pelakon baru selain perlu berilmu diri harus jujur dan betulkan niat untuk memberi sesuatu mesej kepada masyarakat dengan penghayatan yang mendalam.

Ambil masa paling kurang tiga tahun (diploma) di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), kutip ilmu dan insyaAllah anda akan berjaya sebagai seorang pelakon di hormati suatu hari nanti.

Namun dunia sekarang sememangnya ramai yang memandang paras rupa. Kalau hensem sikit, tak pandai berlakon pun tak apa. Buat apa nak penat-penat pergi belajar berlakon kalau berlakon macam kayu pun dapat tawaran tak henti-henti? Tak gitu? Namun para pelakon baru ini harus ada kesedaran untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu lakonan. Tak boleh selamanya bergantung pada populariti dan paras rupa semata-mata. Satu hari nanti peminat akan bosan juga. Semoga industri lakonan kita akan terus maju dan dipenuhi dengan para pelakon bermutu di masa hadapan.

Sumber Mstar Online.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *