Pelajar Universiti Ini Buat Duit Poket RM28,000 Sebulan Dengan Ternak Lipas..

Posted on
This 20-Year-Old Uni Student Makes RM28k Per Month By Farming Cockroaches - World Of Buzz

Buat kebanyakkan kita, lipas adalah serangga yang mampu membuatkan kita lari lintang pukang. Tetapi siapa sangka serangga ini mampu memberi pulangan lumayan, sehingga hampir RM28,000?

Tong, seorang pelajar di universiti di Taiwan, berjaya menjadikan karier membela lipas untuk dijual kepada pembeli, sehingga beliau mampu menjana pendapatan sebanyak 200,000 TWD (bersamaan RM28,300).

Menurut China Press, bisnes membela lipas ini bermula pada tahun lepas apabila beliau membeli lipas untuk dijadikan haiwan peliharaan. 

Merasakan proses membeli lipas itu amatlah susah dan terpaksa melalui beberapa prosedur, Tong nekad untuk menternak sendiri lipas.

Dalam masa 6 bulan, Tong berjaya menternak sebanyak 300,000 hingga 400,000 ekor lipas, dan menjualnya kepada pembeli.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *