“Pelajar perempuan berkenaan rela hati mengikut kekasih hatinya itu untuk menginap selama dua hari di rumah kawan kekasihnya

Posted on

Terlalu Gatal,Bapa Seret Kekasih Anak Kebalai Polis|Gerak hati seorang bapa yang mencurigai kata-kata anak perempuannya berusia 15 tahun untuk bermalam di rumah teman selama dua hari ternyata benar apabila anaknya itu akhirnya mengaku terlanjur di rumah rakan kekasihnya di Kampung Panchang, di sini lapor sinar harian

Difahamkan, selepas pengakuan tersebut, bapa pelajar perempuan berkenaan bertindak nekad mencari ‘kekasih’ anaknya itu dan menangkap lelaki berkenaan untuk diheret ke Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau.

Menurut sumber, bapa pelajar berkenaan turut mengarahkan anaknya yang masih di bawah umur membuat laporan polis kira-kira jam 1.18 pagi semalam berhubung insiden berkenaan walaupun anaknya menyatakan hubungan seks berkenaan adalah secara suka sama suka.

“Dipercayai pelajar perempuan berkenaan telah dijemput oleh kekasihnya berusia 17 tahun pada jam 1.00 pagi di rumahnya di Sepri pada 30 April lalu dan terus di bawa ke rumah kawan kekasihnya di sekitar kawasan Pilin dan Panchang.

“Pelajar perempuan berkenaan rela hati mengikut kekasih hatinya itu untuk menginap selama dua hari di rumah kawan kekasihnya yang juga merupakan anak majikan tempat kekasihnya bekerja,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber berkata, sepanjang tempoh berkenaan, pasangan kekasih berkenaan dipercayai telah melakukan hubungan intim sebanyak dua kali dan pelajar perempuan berkenaan kemudiannya di hantar ke rumah rakannya di Tanjung Sena, di sini, kira-kira jam 6.00 petang, 2 Mei lalu.

Menurutnya, sebaik pelajar perempuan berkenaan pulang ke rumah, bapanya telah berulang-kali menyoal siasat anaknya itu dan akhirnya anaknya sendiri menceritakan kisah berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif berkata, pihaknya ada menerima kes berkenaan dan mangsa telah di bawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi pemeriksaan doktor.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman dari 3 hingga 8 Mei ini.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol di bawah umur,” katanya.

http://eberita.org/terlalu-gatalbapa-seret-kekasih-anak-kebalai-polis/

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *