Pekerja Kilang Plastik Tersiat Kulit Kepala Tercabut Rambutnya Tersangkut Dalam Mesin

Posted on

BEIJING – Seorang pekerja kilang plastik terselamat daripada maut walaupun kulit kepalanya tersiat dan tercabut selepas rambutnya tersangkut dalam mesin.

Dalam kejadian di Jinhua, wilayah Zhejiang, timur China itu, pekerja terbabit yang cuma dikenali sebagai Yang itu berkata, sewaktu kejadian beliau sedang membongkok untuk mengambil sesuatu, tetapi secara tiba-tiba rambutnya didapati tersangkut pada alat penggiling menyebabkan kulit kepalanya tersiat.

Menurut sumber, kepala mangsa didapati dalam keadaan berlumuran darah dan juga kulit kepalanya terkeluar serta rambutnya tersangkut di mesin penggiling berkenaan.


Mereka yang melihat kejadian itu sangat terkejut, manakala Yang dikatakan tidak pengsan, malah dia masih mampu berlari untuk mendapatkan pertolongan daripada rakan sekerjanya.

Kulit kepala dan rambut milik Yang kini telah diserahkan kepada paramedik selepas kehadiran mereka untuk memberikan rawatan kepada mangsa selepas beberapa minit kejadian itu berlaku.

Menurut doktor yang memberikan rawatan kepada Yang, Dr Li, pembedahan berkenaan sangat mencabar kerana kulit kepala yang didapati telah tersiat sepenuhnya dari bawah kening, telinga dan tengkuk. Yang juga telah mengalami trauma serta dikatakan kehilangan banyak darah, katanya.

Dr Li turut menasihatkan semua pekerja kilang supaya sentiasa mengikat rambut dan juga menutup kepala ketika menjalankan tugas supaya dapat mengelakkan kejadian seperti itu berlaku lagi.

Yang juga dikatakan masih berada dalam keadaan terkejut ketika beliau dikejarkan ke hospital untuk melakukan pembedahan segera dan doktor mengambil masa lapan jam untuk menyambungkan semula kulit kepalanya. – Koleksi Viral

Sumber: DailyMail. Harian Metro

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *