Pejamkan Mata Dapat Tontonan Lebih 83 Ribu Dalam 18 Jam

Posted on

PEJAMKAN Mata merupakan sebuah lagu yang memiliki lirik cukup bermakna sama ada tersurat mahupun tersirat malah adalah hasil nukilan sepenuhnya oleh rapper Malaysia, Malique.

Tanggal 8 Ogos 2017, muzik video Pejamkan Mata telah dimuat naik secara rasmi menerusi laman Youtube.

Lagu yang menggandingkan penyanyi bersuara lantang, Dayang Nurfaizah dan Malique itu telah mendapat lebih daripada 83 ribu tontonan dalam masa hanya 18 jam.

Wowww… hebat sungguh penangan malique! Nampaknya…

Pastinya ini merupakan satu fenomena yang agak luar biasa tambahan pula pelakon yang menjayakan video tersebut bukan calang-calang orang.

Beto Kusyairi, Johan As’ari, Uqasha Senrose dan pelakon cilik Nik Adam Mika merupakan antara senarai pelakon yang bergabung membantu dalam kejayaan muzik video ini.

Empat nama besar dalam industri seni tanah air ini sememangnya sudah tidak asing lagi dikalangan orang ramai dan pastinya kolaborasi mereka telah memberi satu sentuhan hasil kerja yang amat mengagumkan!

Muzik video tersebut adalah di bawah arahan Zul daripada Luey Motion Lab dan sebenarnya hanya mengambil masa 24 jam sahaja untuk dihasilkan.

Penghasilan video itu bahkan adalah hadiah teristimewa buat para peminat Malique dan Dayang.

Lagu edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd. ini boleh dimuat turun di semua digital platform seperti Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder Music dan KKBox. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

[embedded content]

Artikel berkaitan untuk dibaca :

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *