Pegawai polis ditemui mati dengan kesan tembakan dan tetakan di balai USJ

Posted on

SUBANG JAYA: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan di Balai Polis Pinggiran USJ, di sini pagi tadi.

Mangsa, Valentino Mesa berusia 29 tahun yang berasal dari Sarawak ditemui mati oleh anggota Unit Peronda, MPV yang pulang dari rondaan pada jam 3.25 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata siasatan dan pemeriksaan awal mendapati terdapat satu kesan tembakan di badan mangsa.

Beberapa kesan tetakan turut ditemui di belakang kepala mangsa.

“Tidak ada unsur-unsur lain. Cumanya dimana saya beritahu tadi kejadian ini memang dia (penyerang) masuk untuk mencederakan anggota kita dan satu tembakan daripada pistol anggota itu sendiri dan melarikan pistol tersebut.

“Pegawai yang terakhir melawat ialah dalam pukul 1.30 pagi, 1.15 pagi hingga 1.30 pagi ada lawatan pegawai untuk melawat balai,” kata Mazlan ketika ditemui di lokasi.

Beliau  turut mengesahkan tiada kamera litar tertutup (CCTV) di dalam balai polis berkenaan dan ketika kejadian mangsa seorang diri.

Maklumnya, polis akan mendapatkan rakaman CCTV dari premis berdekatan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes itu.

Mangsa mula berkhidmat sejak tahun 2009 dan sudah berkahwin namun belum mempunyai anak.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *