Paus terdampar di tepi pantai

Posted on

Alif Amal Azhari

am@hmetro.com.my

Miri: Orang ramai menemui ikan paus terdampar di tepi pantai Kuala Sungai Siwak, Bakam di sini, hari ini.

Ikan paus yang dianggarkan seberat lebih satu tan itu ditemui kira-kira jam 6 pagi itu sebelum memaklumkan kepada pasukan bomba untuk tindakan lanjut.

Ikan paus berkenaan dipercayai tersesat ketika mencari makanan sebelum di bawa arus dan tersangkut apabila air surut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan itu jam 7.11 pagi.

Menurutnya, pasukan bomba dan bersama penduduk kampung kemudian membantu menarik haiwan itu ke tengah laut.

“Sehingga kini operasi mengalihkan ikan pausberkenaan sedang giat dijalankan,” katanya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *