Pasukan Petugas HRPZII Cegah Penyelewengan, Rasuah

Posted on

KOTA BHARU – Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) menubuhkan pasukan petugas untuk memantau perlakuan kakitangannya yang boleh menjerumuskan ke arah jenayah rasuah, kata Pengarahnya Dr Selasawati Ghazali.

Beliau berkata pasukan itu diberi tanggungjawab khusus untuk memastikan tiada penyelewengan dalam kalangan kakitangan berlaku seperti membabitkan tuntutan palsu dan pemberian sijil perakuan sakit.

“Saya berharap pasukan petugas ini dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh amanah dan berintegriti kerana isu penyelewengan tuntutan dan pemberian sijil perakuan sakit amat kita pandang tinggi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Auditorium HRPZII di sini, hari ini.

Kira-kira 500 kakitangan hospital itu membacakan ikrar berkenaan dengan disaksikan PengarahSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan Datuk Moh Samsuddin Yusof.

Sementara itu, Moh Samsuddin berkata pihaknya akan terus mengadakan kempen cegah rasuah dan IBR di setiap jabatan kerajaan persekutuan mahupun negeri, bagi membanteras sebarang perlakuan rasuah membabitkanpenjawat awam.

Beliau berkata penjawat awam tidak perlu risau untuk membuat laporan berhubung jenayah itu keranaSPRM mempunyai akta khusus bagi melindungi saksi. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *