Papan tanda 
ah long punya? Di mana ada papan tanda, di situ ada iklan pinjaman wang

Posted on

Antara papan tanda dan tiang lampu yang menjadi sasaran ah long

Di mana ada papan tanda jalan, di situ pasti ada iklan pinjaman wang dilekatkan.

Begitulah keadaannya di se­kitar pekan Bahau dekat sini apa­bila ah long menjadikan papan tan­da sebagai lokasi untuk me­nam­pal iklan bagi menarik perhatian go­longan yang terdesak dan memer­lukan wang.

Tinjauan Utusan Malaysia men­dapati puluhan papan menjadi comot akibat dipenuhi tampalan kertas iklan sehingga mesej sebenar yang ingin disampaikan kepada pengguna tidak dapat tidak dapat dilihat dengan jelas.

Menurut seorang penduduk, Nadia Kamarulzaman, 21, situasi itu menyusahkan pengguna kenderaan yang kadangkala tidak nampak apa yang tertera di atas papan tanda jalan semasa memandu.

“Walaupun pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menanggalkan iklan haram tersebut tetapi kesannya masih ada. Ini menjejaskan pandangan pemandu yang kadangkala tidak sedar arahan pada papan tanda tersebut.

“Saya lihat hampir kesemua papan tanda dan tiang elektrik di pekan ini menjadi sasaran ahlong dan ini memang menjejaskan imej kawasan ini, “ katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun pihak berkuasa telah cuba menangani perbuatan tersebut namun ia masih berlarutan seolah-olah tidak ada penyelesaian.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Amar Mokthar, 36, berkata, sudah sampai masanya pihak berkuasa bertegas dalam isu tersebut kerana perbuatan itu semakin berleluasa bukan sahaja di Bahau malah di seluruh negara.

“Kalau kita pergi ke se­mua bandar di negara ini hampir semuanya me­ng­alami masalah yang sama. Ah long tidak pernah serik walaupun amaran dan tindakan pernah diambil terhadap mereka. Kalau situasi ini dibiarkan sudah tentu masalah ini tidak akan selesai sampai bila-bila dan semakin bermaharajalela,” katanya.

Sumber: Utusan Online

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *