‘Panas’ di Kota Bharu

Posted on

KEKALAHAN 0-2 Kelantan di tangan Perak di Kota Bharu mencetuskan sedikit kekecohan di kalangan segelintir penyokong tuan rumah dan pelawat, malam tadi.

Kekecohan bermula selepas tamat perlawanan saingan Liga Super pada 11.15 malam, apabila beberapa penyokong Perak dikatakan melakukan provokasi.

Sebelum itu, kedua-dua penyokong hanya bertikam lidah tetapi menjadi ‘panas’ apabila ada penyokong Kelantan dilihat mula bertindak membaling objek.

FOTO Syamsi Suhaimi

Bagaimanapun, tidak ada sebarang kecederaan walaupun terdapat balingan objek.

Tindakan pantas polis dan beberapa penyokong lain kemudianya berjaya meleraikan kekecohan itu.

Keadaan mula tenang pada 11.45 malam.

Polis kemudian mengiringi bas pemain Perak untuk meninggalkan stadium Sultan Muhammad ke-IV.

FOTO Syamsi Suhaimi

Terdahulu, misi mencari kemenangan bagi Kelantan tidak kesampaian apabila pelawat pulang tiga mata menerusi jaringan Nazrin Nawi dan Yashir Pinto.

Nazrin Nawi menewaskan Mohamad Ramdhan selepas menerima hantaran silang daripada Yashir Pinto pada minit ke-28.

Kelantan sekali lagi dihukum Perak apabila Yashir Pinto menjaringkan gol kedua pada minit ke-79.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *