Pakatan Jamin Nikmat Untuk Semua Kaum & Agama

Posted on

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan tidak akan melihat kepada aspek kaum dan agama dalam kalangan penjawat awam jika gabungan parti pembangkang itu menang dan memerintah negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Pakatan Harapan memberi jaminan bahawa kakitangan kerajaan walau apa kaum dan agama mereka akan memperoleh nikmat yang lebih baik dalam sektor awam jika pembangkang berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Adalah tidak bertanggungjawab menakutkan penjawat awam Melayu, Pakatan Harapan akan “menggelapkan” masa depan mereka jiika menang PRU14.

“Pakatan Harapan akan menunjukkan bahawa penjawat awam akan menikmati yang lebih baik tanpa mengira kaum dan agama mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN)

Kit Siang dalam kenyataan sama mengulangi bantahannya keatas Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak membenarkan `pesta arak’ Better Beer Festival diadakan di ibu negara.

Kata beliau, rakyat Malaysia berhakbertanya sama ada mampukah PDRM berhadapan ancaman penganas yang lebih besar sedangkan pasukan itu tidak mampu menangani ancaman pengganas keatas Better Beer Festival.

Beliau malah mempersoalkan mengapa PDRM tidak membatalkan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-60 di Perak apabila polis mendedahkan kumpulan militan Negara Islam (IS) merancang untuk melancarkan serangan ke atas sambutan itu. -MYNEWSHUB.CC

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *