Orang ramai berpusu-pusu keluar, kedai di Midvalley terbakar

Posted on

Sebuah kedai serbaneka di pusat beli belah Midvalley musnah dalam kebakaran malam ini.

Api merebak di kedai terbabit di tingkat bawah pusat beliu belah itu jam 7.10 malam menyebabkan asap tebal dalam bangunan memaksa pihak berkuasa mengarahkan orang ramai keluar.

Pengunjung dan kakitangan kedai serta pusat beli belah itu berkumpul di luar bangunan.

Kebakaran juga memusnahkan semua barangan jualan dalam kedai terbabit namun, tidak membabitkan kecedaraan.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada kotak fius di kedai itu yang mengeluarkan percikan api sebelum membakar sebahagian struktur dalam kedai itu.

Sementara itu, seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Bob, 35, berkata dia melihat ramai orang berpusu-pusu keluar dari pintu sekitar jam 7.20 malam.

“Saya terkejut, mulanya saya ingatkan ada rombongan yang turun daripada bas, rupanya orang ramai keluar kerana ada kedai yang terbakar,” katanya kepada BH.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.10 malam sebelum menggerakkan tiga jentera dengan kekuatan 24 anggota dari Balai Bomba Pantai, Hang Tuah dan Seputeh ke lokasi kejadian.

Katanya, api dapat dikawal pada jam 7.33 petang.

BH difahamkan, sebahagian kedai yang terletak berhampiran lokasi kejadian ditutup sementara kawasan selebihnya sudah dibuka kepada orang awam namun, aras atas beroperasi seperti biasa.

Sumber: BH Online

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *