Orang Gemuk Berdosa

Posted on

Orang Gemuk Berdosa?

Assalamualaikum, salam Ramadhan.

Terima kasih admin kerana sudi approve confession ni.

Berdosakah aku gemuk? Tolong tanya pada diri masing2, berdosakah golongan gemuk ini?

Aku menulis confession ini bukan nak mendorong semua insan untuk menjadi gemuk. Bukan juga untuk menggalakkan yang gemuk menjadi gemuk. Jelas aku nak cakap, gemuk itu tak sihat. Tapi, tak semua dapat lari daripada masalah ini. Point aku sini nak cakap, jangan kutuk org gemuk. Jangan kecam orang gemuk.

Bayangkanlah, dahlah gemuk, fizikal tak lawa, kesihatan tak sihat. Lepastu? Kau nak bunuh kesihatan mental dia pulak? Kau nak down kan dia pulak? Bantu golongan2 gemuk ini bukan kecam bukan hina.

Kita pernah banyak kali dengar orang berjaya kuruskan berat badan. Bila dibaca, punca utama dia hendak kurus adalah sebab sudah puas dihina, disisih masyarakat. Yang tu yang berjaya kurus, yang tak berjaya? Sampai ke mati kau nak hina dia?

Ingan ni. DALAM GEMUK SESEORANG TU, TIADA SEORANG PUN TAHU DIA SEDANG BERLAPAR DALAM KURUS KEDING SESEORANG TU, TIADA SEORANG PUN TAHU YANG DIA SUDAH PENAT MAKAN UNTUM NAIKKAN BERAT BADAN

ini kisah aku, aku berisi, ini cerita aku dihina masyarakat:

1. Satu hari, ada tetamu datang ke rumah ku, kira saudara2 juga la. Diorang terkejut yang badan aku naik. Sejujurnya, aki tengah final year degree, banyak benda yang aku stress kan. Diorang punya terkejut macam terkejut nampak anjing terbang ke langit. Siap cakap uisssssshhhh!! Kenapa kau gemok ni?? Bpleh pulak sebut nama Allah sekali, macam jijik sangat Ya Allahhhh; gemuknya kau ni lepas tu picit2 lemak aku, macak tak percaya. Semua tempat di picit..

Bika aku tak selesa, aku pegi dapur.. mula la makcik2 tu buat ulasan lanjut pasal gemuk aku ni, boleh pulak diorang bincang2 uishh, kenapa boleh dia gemuk macam tu Bla bla bla Aduhhhh telinga yang mendengar terus masuk ke hati. Sakit tau tak. Tolong la common sense.

2. Peristiwa kedua ni apabila aku terkial2 di klia. Aku hendak cari tempat naik bas ke tbs. Habis aku round2 klia untuk cari stesen bas. Kemudian, aku terjumpa pemandu-pemandu teksi. Aku pun pi la usung beg2 aku ke tempat pakcik teksi tu.

Aku: salam pakcik, macam mana kalau saya nak naik bas ke tbs ea?

Pakcik teksi: awak nampak bangunan depan tu? Awak naik tingkat atas lalu ke laluan tu (pastu dia pi tunjuk2 la situ situu jauh mak aaiii pakcik tu nampak dah aku buat muka takut).

Pakcik teksi: ei,, takyah risau, badan besar kan, boleh angkut semua beg ni. Lemak tu boleh angkat ke hulu hilir, beg pun boleh juga bawa jalan ke stesen tu. Tak jauh tu dik.

Aku tahu sangat2 pakcik tu nak beramah mesra dengan aku. Tapi sakit beb. Sakit sangat dicakap macam tu. Ingat aku nak ke jadi gemuk? Korang tahu ke apa usaha aku untuk kurus? Banyak dah aku cuba. Ke korang nak aku potong lemak2 aku ni baru korang puas hati dengan aku? Huh. Sory, ter emosi pulak :'(

3. Peristiwa ketiga, aku ada sepupu yang dsri kecil membesar sama2, to be honest, besar badan kami lebih kurang je.. satu hari, dia dah kurus, jadi tinggal lah aku gedempol ni sorang2. Biasalah, spesis orang gemuk dah kurus, mula lah pandang orang gemuk ni macam tak pandai jaga makan. Aku bagi nama sepupu aku ni Betti. Betti ada adik lelaki nama Jenal.

Satu hari, kami duduk kat rumah tok. Aku nampak diorang bercerita dua orang, aku memang nak tegur diorang tapi aku niat nak ke dapur dulu.. masa kat dapur, aku pi makan kuih jemput yang nenek aku buat (sebab setahun tak rasa air tgn tok, aku makan la)

Aku pegi join dua beradik tu di ruang tamu sambil makan jemput2 tu, sampai je aku landing di sofa, diorang tergelak terbahak2. Kuat gais diorang gelak. Bayangkan macam mana muka kayu aku yang kepelikan dgn perangai diorg sebab gelak tiba2, dengan kuih ditangan aku, mulut terbuka nak telan kuih, aku pandang je dorang, apa hal ni??

Malam tu, aku tanya Jenal, kenapa tadi? Aky ada buat salah ke? Rupanya ceritanya mcm ni..

Masa aku lalu d ruang tamu tu Betti si betina tu bawa Jenal mngumpat aku kau tengok si gemuk tu, nak ke dapur, keje dia maaakan je, sebab tu gedempol Jenal pula back up aku, dia cakap kak betti pun dulu gemuk kan, jangan la cakap macam tu. Pastu Betti ckp macam ni atleast i pernah gemuk, sekarang i kurus i cantik dia cakap ala2 diva lepas tu dia sambung cakap kau tengok, lepas ni mesti dia bawa makanan untuk di lahap.. kebetulan, time tu memang aku tengah pegang jemput2 dari dapur nak ke ruang tamu, sebab tu diorang ketawa macam orang gila..

Aku tak tahu nak cakap apa. Aku fed up. Kau, patutnya pernah gemuk, kau patut paham perasaan orang macam aku ni. Motivate aki nak kurus, bukan kau join golongan2 yang mengutuk2.

Aku ada banyak lagi cerita, tapi mata aku dah berair dah. Nak raya dah ni. Bukan aku kisah baju tak lawa. Tak tak. Aku cuma risau aku tak kuat nak dengar cakap2 makcik2. Memang senang nak bagi nasihat alah, abaikan je tapi semua kata2 pedas makcik tu masuk terus ke lubang telinga. Sakit hati..

Keluarga pun tak bagi support. Bapa aku siap cakap tengok betis bapa dengan betis kaka, sape lagi besar?? Allahh, di cakap macam tu dengan ahli keluarga.
Gemuk bukan bahan lawak, gemuk bukan bahan hinaan.

Doa kan aku kuat. Insyaallah aku doakan kamu juga..

Tolong jangan ada yang komen kalau taknak kena hina jadi gemuk so kuruskanlah badan jawapan aku, aku dah cuba, dan aku masih mencuba. Sabarlah. Dalam setahun dua lagi, aku kurus lah :'(

aku yang gemuk

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *