Nyanyikan Single baharu, ini senarai lagu Konsert Akhir AF Megastar

Posted on

KONSERT AF Megastar minggu ini sudah sampai ke peringkat akhir dan diteruskan dengan dua tema iaitu single baharu dan lagu bebas.

Seramai lima bintang yang berjaya mara telah memilih dua buah lagu untuk persembahan mereka nanti.

Lima bintang tersebut adalah Bob, Idayu, Marsha, Shahir dan Syamel.

Sama seperti minggu separuh akhir, bintang-bintang itu akan mempersembahkan dua buah lagu.

Bezanya kali ini mereka akan tampil dengan sebuah lagu baru.

Lagu itu bakal menjadi single terbaharu bintang-bintang tersebut.

Istimewanya lagi, beberapa penyanyi popular bakal muncul untuk membuat persembahan pada malam kemuncak AF Megastar.

Berikut merupakan senarai lagu yang bakal dinyanyikan oleh bintang AF Megastar malam tersebut:

Bob
Single baharu: Terbuang Dalam Pelukan
Komposer – Hafiz Hamidun
Lirik – Bob Yusof

Lagu pilihan : Bukan Dia Tapi Aku – Judika

Marsha
Single baharu : Hilang
Komposer – Ezra Kong, Omar K, Dilyla Khalid
Lirik – Ezra Kong, Omar K, Dilyla Khalid

Lagu pilihan : Pilihlah Aku – Krisdayanti

Idayu
Single baharu: Selamanya
Komposer – Amylea Azizan
Lirik – Amylea Azizan

Lagu pilihan: My All – Mariah Carey

Syamel
Single baharu: Biar Cinta

Komposer Р Syamel
Lirik – Syamel

Lagu pilihan : Seniman Menangis – Jamal Abdillah

Shahir
Single baharu: Mama Jangan Pergi

Komposer – Shahir & Awi Rafael
Lirik – Shahir & Awi Rafael

Lagu pilihan : Tapi Bukan Aku – Kerispatih

Teks oleh: Syafiqah Jalal

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *