Nur Farina pergi jua…

Posted on

Melaka: Tiada ungkapan mampu menggambarkan perasaan sedih Muhammad Iman Firdaus Ng Abdullah, 53, apabila anak istimewanya, Nur Farina Ng pergi buat selamanya ketika berada erat dalam dakapannya.

Muhammad Imam Firdaus berkata, dia bersyukur kerana berada di sisi dan dapat memeluk Nur Farina dengan erat buat kali terakhir ketika kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir di rumah mereka di Flat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Pantai Peringgit, di sini, jam 11.30 pagi, semalam.

Bapa kepada dua anak itu berkata, tahap kesihatan Nur Farina yang kini berusia empat tahun semakin merosot menyebabkan dia mengambil keputusan berhenti kerja di Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Bukit Katil sejak Januari lalu.

“Pagi tadi (semalam) saya baringkan Nur Farina di atas katil seperti biasa untuk berikan susu botol. Kemudian saya dukung arwah namun tiba-tiba wajahnya berubah menjadi pucat, nafasnya pula kencang menyebabkan saya cemas.

“Ketika itu saya peluk Nur Farina dengan erat, tak lama kemudian dia semakin lemah dan langsung tak berikan tindak balas. Selepas diperiksa saya dapati dia sudah tidak bernafas,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *