Nenek, menantu didakwa dera cucu sejak 7 tahun lalu

Posted on

JOHOR BAHRU: Seorang wanita dan menantu lelakinya didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak sejak 2010 hingga Mei tahun ini.

Tertuduh, Noor Azaizah Badang, 56 tahun, yang juga nenek mangsa dan menantunya, Maswandi Omar, 35 tahun, mengaku tidak bersalah.

Tertuduh didakwa menganiaya mangsa kanak-kanak perempuan itu sejak berusia 13 tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah rumah di Bandar Baru Uda.

Majistret, Noor Aisyah Ahmad menetapkan Noor Azaizah yang diwakili peguam diikat jamin sebanyak RM5,000.

Manakala Maswandi dibenarkan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1)(a) akta sama.

Mahkamah kemudian membenarkan sebutan semula kes pada 10 Julai ini.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *