Nasi kosong alas perut

Posted on

Mukah: Mengikat perut dengan hanya memakan nasi kosong tanpa lauk bagaikan sudah menjadi sajian harian buat seorang bapa tunggal bersama lima anaknya.

Kehidupan Hamdan Ikok, 49, bersama tiga anak lelaki dan dua perempuan yang menetap di rumah usang di Jalan Pam Stesen Lama, Kampung Tellian Laut, di sini, dilalui sejak 25 tahun lalu tanpa mengharapkan belas ihsan dan bantuan orang ramai.

Lebih memilukan mereka hidup tanpa bekalan elektrik melainkan berbekalkan pelita dan lilin untuk menerangi kediaman mereka pada waktu malam.

Hamdan berkata, sekalipun hidup mereka sekeluarga umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, namun dia tidak pernah kesal dengan kedaifan hidupnya.

Malah, katanya, dia bersyukur kerana anaknya, Mohd Safarul, 21, Nor Shafarina, 20, Mohd Izzat, 16, Nor Izzana, 13, dan Mohd Hasnan Shah, 11, tidak pernah merungut dengan kesusahan keluarga.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *