Nama kian melonjak

Posted on

Populariti drama Hero Seorang Cinderella yang ditayangkan di saluran Astro Ria baru-baru ini benar-benar melonjakkan nama setiap pelakonnya.

Selain berjaya mencipta fenomena tersendiri, drama terbabit turut menaikkan nama pendatang baru dari Singapura iaitu Iswan Ismail yang melakonkan watak Luke.

Menerusi watak itu, Iswan atau nama sebenarnya Muhammad Iswan Ismail, 27, lebih dikenali berbanding beberapa drama lakonannya sebelum ini.

Tidak hanya itu, jumlah pengikut Iswan di laman Instagram meningkat sehingga 40,000.

“Alhamdulillah saya menyifatkan ini sebagai rezeki. Sebelum ini saya pernah muncul dalam beberapa drama seperti Shh…I Love You dan Sayang Papa Saya Tak? sebagai watak tambahan. Mungkin belum rezeki saya untuk ke hadapan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *