Nak tahu dia serius ke tak, tengok 9 perkara ini kalau dia betul-betul sayang

Posted on

Macam mana nak tahu tanda orang tu betul-betul sayangkan kita atau tidak? Apa tanda-tanda orang sayangkan kita yang boleh kita ketahui jika dia tidak mengungkapkannya? Kita mungkin masih was-was sama ada dia betul-betul sayangkan kita ataupun dia tidak tak serius, lagi teruk dia hanyalah seorang lelaki “PLAYBOY” atau “PLAYGIRL”

Jadi ini 10 tanda orang betul-betul sayangkan kita atau tidak, sama ada tanda lelaki sayangkan perempuan ataupun tanda perempuan sayangkan lelaki

1- Selalu buat kita gembira

Orang yang sayangkan kita akan sentiasa ada modal untuk buat kita rasa happy. Dia inginkan kita selalu gembira supaya kita melupakan masalah yang kita hadapi. Dia akan rasa sedih jika melihat kita sedih dan sentiasa mencari jalan untuk buat sesuatu yang dapat menggembirakan hati kita.

2. Terima seadanya

Orang yang sayangkan kita akan menerima kita seadanya tanpa mengira status, pekerjaan atau pangkat. Dia juga menerima segala kekurangan yang ada pada diri kita. Jika korang jumpa orang yang sudi menerima segala kekurangan korang, jangan lepaskan dia sebab takut korang akan menyesal satu hari nanti.

3. Ambiol berat dan selalu bertanya

Dia akan selalu bertanya mengenai diri kita dengan kerap. Dia juga akan sering bertanya jika kita ada apa-apa masalah dan dia akan sudi untuk mendengar masalah kita serta berusaha untuk selesaikannya. Dia juga akan selalu bertanya benda-benda yang mungkin dia sudah tahu tapi sengaja tanya lagi untuk berbual dengan kita.

4. Suka pandang kita

Orang yang sukakan kita memang suka pandang kita setiap masa. Jika kita pandang dia balik, biasanya dia akan senyum dengan kita. Dia juga suka pandang tepat ke arah mata kita apabila bercakap dengan kita. Lainlah kalau dia bencikan kita, jangan kata berbual, nak pandang kita pun mesti tak mahu kan.

5. Marah bila buat salah

Dia akan marah bila kita buat salah, bukan marah yang buatkan kita takut, tapi marah dengan tegur kita dengan nada macam marah. Kadang-kadang, dia marah sambil senyum pada kita.

6. Suka bermanja-manja

Orang yang sayangkan korang biasanya suka bersikap manja. Itu juga merupakan cara dia menunjukkan bahawa dia selesa bersama dengan kita dan wujud perasaan sayang pada diri kita

7. Tidak curang

Lagi antara tanda orang yang betul-betul sayangkan kita sepenuh hati ialah dia tidak akan pernah pasang niat untuk curang dalam percintaan. Bagi mereka koranglah segala-galanya dan mereka tidak akan terpikat dengan orang lain yang lebih hensem/ cantik walaupun digoda

8. Cemburu bila dekat dengan orang lain

Korang mesti pernah dengan orang kata cemburu tandanya sayang. Kalau tak cemburu maknanya tak sayang. Orang yang sayangkan kita mudah rasa cemburu bila melihat kita mesra dengan orang lain. Lagi-lagi orang yang tak kenal. Cemburu itu tidak salah asalkan tak berlebihan

9 Minta maaf dan memujuk kalau dia buat salah atau silap

Orang yang betul-betul sayangkan kita akan minta maaf dan cuba sedaya upaya untuk memujuk kita jika dia buat silap. Dia akan berasa sangat menyesal dan berusaha untuk memujuk kita sampai kita maadkannya atas kesalah atau kesilapan yang dilakukannya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *