Najib Ucap Tahniah Kepada Wong Weng Son

Posted on

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada atlet wushu negara, Wong Weng Son atas kejayaan meraih pingat emas dalam acara jianshu (pedang) lelaki di Kejohanan Wushu Dunia di Kazan, Rusia, Isnin.

“Satu lagi #Kebanggaanku untuk Malaysia! Tahniah Wong Weng Son raih pingat emas acara jianshu lelaki di Kejohanan Wushu Dunia! #Negaraku,” katanya menerusi catatan di laman Twitter rasmi beliau.

Weng Son mengumpul 9.64 mata menewaskan pencabarnya Lee Ha Sung dari Korea Selatan yang memenangi perak dengan 9.60 mata serta rakan sepasukannya Yeap Wai Kin di tempat ketiga dengan 9.53 mata.

Kejayaan tersebut cukup bermakna buat Weng Son apabila beliau sekadar meraih pingat perak dalam acara jianshu dan qiangsu (lembing) pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL 2017) yang diadakan baru-baru ini. – BERNAMA

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *