Nadira Azizan kritikal

Posted on

BEKAS penyampai radio EraFM, Nadira Azizan, 41, kini kritikal kerana menghidap demam denggi dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur sejak Ahad lalu.

Menurut rakan sekerjanya, sebelum itu, Nadira berada di Kota Bharu bagi sesi bertemu peminat bersama THR Gegar di sana.

“Di sana, Nadira demam namun program itu diteruskan juga dan sebaik pulang ke ibu kota, suaminya terus membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, pihak klinik meminta Nadira mendapatkan rawatan di hospital dan sebaik tiba di HKL, dia terus dimasukkan ke ICU.

“Tiga hari di ICU, dia masih sedarkan diri tetapi apabila platlet darahnya turun rendah sehingga satu, pihak hospital beri ubat agar dia ‘berehat’. Sehingga sekarang dia masih tak sedarkan diri,” katanya.

Nadira atau nama sebenarnya Khidirah Naimah Mohd Zain kini menjawat jawatan sebagai Pengurus Kandungan THR Gegar.

Selain menghidap demam denggi, Nadirah juga positif kencing tikus, demam kepialu dan berlaku pendarahan ketika pemindahan darah. Nadira juga menghidap kencing manis.

Nadira antara penyampai awal di EraFM (1998) di mana ketika itu saluran radio berkenaan baru saja enam bulan beroperasi.

Dia pernah bergandingan dengan penyampai popular, Halim Othman sekiranya gandingannya (ketika itu) Jamal Jamaluddin bercuti.

Bagaimanapun, Nadira menamatkan khidmatnya di EraFM selepas sembilan tahun bersama apabila ditawarkan menggalas tugas sebagai Eksekutif Muzik di THR Gegar pada 2008.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *