‘Myanmar Belum Berubah’ – PBB

Posted on

YANGON – Myanmar masih menggunakan taktik sama dengan bekas junta tentera dalam memastikan rakyatnya tidak bersuara, kata wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Yanghee Lee.

Beliau turut menggesa kerajaan membenarkan badan dunia itu menyiasat dakwaan pembersihan etnik ke atas penduduk Islam Rohingya.

Lebih 70,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak Oktober lalu berikutan tindakan kejam pasukan keselamatan Myanmar menyebar pelbagai cerita mengenai pembunuhan beramai-ramai, rogol berkumpulan dan kebakaran oleh pasukan keselamatan.

Penyiasat PBB bimbang tentera menggunakan operasi mencari militan yang menyerang polis sebagai alasan melakukan pembersihan etnik ke atas minoriti itu.

Kerajaan menyangkal keras dakwaan itu tetapi enggan membenarkan misi PBB menyiasat atau memberi kebenaran masuk kepada wartawan antarabangsa atau aktivis hak asasi.

Lee menggesa kerajaan membenarkan kemasukan misi kerana masih menerima laporan penderaan dilakukan pasukan keselamatan di Rakhine.

Beliau berkata, polis dan tentera cuba mengugut dan mengganggu penduduk Rohingya kerana membongkar pencabulan hak mereka dengan cara sama dilakukan bekas pemerintah tentera.

“Saya kecewa melihat taktik kerajaan terdahulu masih diamalkan,” katanya kepada sidang akhbar di Yangon pada akhir lawatan 12 harinya ke negara itu. – AFP/BH ONLINE

[embedded content]

Loading…

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *