Musuh nombor 1

Posted on

Kuala Lumpur: Diugut bunuh kerana lantang menentang gerakan menghalalkan ganja menerusi media sosial, selain buku dihasilkannya.

Itu antara ancaman diterima penulis buku berjudul Hikayat Tanaman Haram, Mohamad Na’im Abdul Razak, 30, atau lebih dikenali Dr Jacknaim MD.

Doktor perubatan di sebuah hospital swasta itu berkata, gerakan menghalalkan ganja itu dikesan aktif di media sosial termasuk dengan menubuhkan kumpulan di Facebook bagi memperjuangkan isu itu.

Mohamad Naim berkata, kumpulan itu berharap penggunaan ganja dibenarkan di negara ini dengan memaklumkan kebaikan tumbuhan itu bagi perubatan.

Katanya, gerakan itu turut melakukan serangan terhadapnya menerusi media sosial bagi menghalang usahanya. untuk menyedarkan orang ramai berhubung penyalahgunaan ganja.

“Selepas buku Hikayat Tanaman Haram diterbitkan dengan kerjasama Simptommatik Press, Thukul Bersekutu pada awal tahun lalu, mereka menjadikan saya sebagai musuh kerana mendedahkan kesan negatif penyalahgunaan ganja ini.

LAPORAN Harian Metro , 3 October lalu.

“Malah, mereka turut menyebarkan khabar angin dengan menuduh saya menjadi punca kepada penahanan seorang lelaki yang digelar Dr Ganja yang ditangkap polis hasil serbuan di Kampung Delek, Klang, Selangor, 26 Mei lalu kerana aktif memasarkan makanan berasaskan ganja di laman Facebook.

“Disebabkan tuduhan itu, pengikut gerakan menghalalkan ganja terbabit membuat pelbagai ugutan termasuk bunuh. Saya ada membuat laporan di Balai Polis Lahad Datu, Sabah pada 17 Jun lalu berhubung ugutan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohamad Na’im berkata, gerakan itu juga pernah mengajaknya untuk berdebat mengenai topik Halatuju Ganja Perubatan di Malaysia.

“Bagaimanapun, mereka membatalkan debat terbabit dengan membuat tuduhan bahawa saya akan membawa anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi menyerbu mereka sewaktu program itu diadakan dan menuduh saya menerima cabaran itu demi untuk mencari publisiti murahan bagi melariskan jualan buku untuk keuntungan,” katanya.

Menurutnya, perubatan marijuana masih dalam peringkat kajian.

“Gerakan menghalalkan ganja ini kebanyakannya bukan pakar dan hanya memperjuangkan untuk kepentingan diri,” katanya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *