Monolog Mood Raya

Posted on

Monolog Mood Raya

Assalamualaikum semua.

Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

Rasanya ramai yang masih dalam mood raya. Aku pun masih lagi dengan mood raya. Ni first time aku buat confession disini. Selama ni hanya berani bermonolog dalam hati je. Aku tak tahu kalau admin approve confession ni atau tidak. Kalau disiarkan, Alhamdulillah. Moga bermanfaat dan diambil iktibar oleh semua.

Dalam kemeriahan menyambut hari raya. Hati aku agak pedih bila baca berita tentang budak berumur 12 tahun cuba merogol gadis dalam tandas stesen minyak. Allah. Umur 12 tahun sudah berani bertindak sedemikian.

Belum lagi, kalau aku senaraikan kes-kes lain yang kalau fikir dengan akal manusiawi langsung tak dapat kita nak bayangkan! Kes pelajar upnm, kes

Perghhhh! Tenat dan amat tenat remaja kita. Luar biasa apa yang remaja kita boleh buat. Apa yang aku rasa remaja sekarang sangat parah dan perlu sangat untuk diselamatkan.

Zaman sekarang ni, zaman moden. Semua benda boleh access dengan pantas. Jadi tak hairanlah jika anak semuda ini berani bertindak di luar jangkaan kita. Mereka mudah terdedah dengan anasir-anasir negatif. Kita dulu lainlah. Dah masuk universiti baru merasa pegang telefon. Mereka, belum melangkah ke alam remaja dah ada telefon.

Aku tak nak salahkan sesiapa. Kalau kita asyik menyalahkan sesama sendiri. Masalah memang tak akan selesai. Silap hari bulan muncul pula kes yang lagi parah. Aku rasa mesti ada penyelesaian pada semua benda ni. Aku yakin ianya ada!

Bila aku lihat semula sejarah umat-umat terdahulu yang gah, hidup aman damai. Eh, korang sedar tak kita pernah power dulu??

Ni aku nak bagi tahu. Manusia sebelum ni pun tak kurang teruknya. Sebelum datangnya Nabi dan Al-Quran. Bunuh anak, arak, pelacuran.

Tapi apa yang mampu membawa mereka berubah ? Al-Quran ! Bila faham benar dengan Al-Quran. Itu kunci !

Dari situlah datangnya generasi umat kita yang power. Yang menyelesaikan umat jahiliyah dulu adalah quran.Dan sekarang ni yang akan menyelesai masalah umat kita sekarang juga adalah kembali memahami quran.

Masalah ni boleh selesai kalau setiap dari kita baca, faham dan amalkan apa yang ada dalam Al-Quran. Bukan sekadar bahasa arab je. Tapi bacalah juga terjemahannya. Sebab kita bukanlah duduk di negara Arab. Mana nak faham apa yang Allah nak sampaikan kalau cuma baca bahasa arab je. Kalau sekadar bacaan arab seperti kita membaca surat dalam tulisan bahasa asing. Yang hanya membelitkan lidah dan tak datangkan kefahaman. Sebab tu baca terjemahan juga.

Belum lagi part solat. Kadang aku tengok, ada segelintir yang sakan beraya sampai solat tinggal macam tu je. Habis sebulan bekal taqwa dalam sehari. Lagi parah, anak-anak jadi ikutan. Aduiiii. Solat tu wajib akak-akak, abang-abang, adik-adik. Meh nak pesan sikit, solatlah kamu sebelum kamu disolatkan. Sedangkan solat tu mencegah dari kemungkaran. Benda pertama yang ditanya nanti bila hari akhirat, mcm mana solat kita. Bukan benda dunia yang kita ada. Kalau tak solat macam mana masalah umat semua ni nak selesai?

Kalau nak dunia ni kembali aman, kembalilah pada fitrah penciptaan kita iaitu jagalah solat dan baca, faham dan amalkan Al-Quran. Lagi-lagi di syawal yang baik ni.

Kita tak nak anak-anak kita melakukan jenayah atau menjadi mangsa perlakuan jenayah orang lain. Serius seriau. Ngeri tengok jenayah sekarang ni.

Sekian. Aku harap bermanfaat confession ini. Kalau bukan kita yang mulakan siapa lagi.

Kembar_2

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *