Mesti konsisten

Posted on

Santa Clara, Amerika Syarikat: Pengurus Manchester United Jose Mourinho meminta pemain sayapnya Anthony Martial supaya lebih konsisten selepas penyerang Perancis itu mempamerkan aksi memukau ketika menewaskan Real Madrid dalam aksi persahabatan pramusim, semalam.

Martial mempamerkan permainan menakjubkan termasuk gerakan untuk membantu jaringan awal United oleh Jesse Lingard sebelum United menewaskan Madrid menerusi penalti di Stadium Levi’s di Santa Clara.

Mourinho berkata, beliau melihat peningkatan dalam etika kerja Martial ketika latihan menjelang kempen baru itu tetapi banyak yang perlu dilakukan pemain berusia 21 tahun itu untuk menarik perhatiannya.

“Jelas sekali kami mahu bakatnya digunakan secara konsisten,” kata Mourinho.

“Saya fikir hari ini sesuatu yang positif buatnya dan itulah sebabnya saya membiarkannya bermain sepanjang 90 minit di padang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *