Menuju Ke Jalan Allah

Posted on

Menuju Ke Jalan Allah

Kali ni,aku nak cerita tentang hijrah. Sebenarnya agak berat hati nak cerita. Tapi disebabkan beberapa hari ni,aku dapat message,ada rakan yang meluahkan apa yang dia hadapi masa nak berhijrah ni,jadi aku rasa aku cerita.

Seingat aku,masa tu nak akhir tahun 2013. Terjadinya tiga perkara dalam hidup aku.

Satu,tiba-tiba tergerak hati nak cari group tazkirah. (kat twitter) Aku sendiri tak tahu kenapa. Alhamdulillah,aku dapat join satu group tazkirah ni.

Dua,mimpi. pernah satu ketika,aku mimpi aku jalan atas satu jambatan. Kau bayangkan,bawah jambatan tu,macam larva. Tempat tu merah-merah. Bukan tu je,ada ular besar. Aku pun lalu atas jambatan tu,tetiba aku hampir jatuh. Tapi sempat berpaut kat jambatan tu. lepastu tersedar.

Mimpi lain? pernah lah mimpi pakai tudung labuh. mimpi pakai niqab. banyak kali. mimpi ulama. rindu nak dapat mimpi macam tu lagi. sambil taip ni sebak je.

Tiga,jumpa tudung labuh kat rumah nenek. yang tu,nenek saudara dari Kedah datang rumah nenek. dia bagi baju,tudung gitu. Ada satu tudung labuh. aku pun try lah pakai. bila try pakai tu,hati ni gembira. tak tahu kenapa.

Kat luar sekolah,aku try pakai tudung labuh tu. Kat sekolah belum lagi la. Sebab aku takut kena judge. haha.

Akhirnya aku pakai juga tudung labuh kat sekolah. memang ada yang ketawa,perli. masa tu down. nak buat benda baik kot. huhu.

Bila dah lama-lama,aku dah lali dah. apa orang nak cakap,cakaplah. tak dendam,cuma sedih je.

Cerita bab tudung labuh,bab niqab ni. aku kata orang respect kau. pernah la aku join satu usrah ni,ada street dakwah. habis street dakwah tu,aku gerak. nak ke surau hotel.

Sampai kat situ,aku cam boleh masuk ke tak ni? sebab guard tu pandang macam tak bagi masuk je. Masuk je lah heh.

Masuk situ,rupanya dia letak tangan kat dada tanda hormat. aku rasa dia daripada bangladesh,nepal gitu. sebenarnya bukan sekali je,dah pernah juga berlaku. dan yang letak tangan kat dada tu jugak orang daripada bangladesh,nepal gitu.

Rasanya tu je lah kot nak cerita pasal hijrah ni. Moga yang nak berhijrah,dipermudahkan olehNya. Suka tengok orang yang bersungguh-sungguh kejar redha Allah.

Kuat bila diuji. Tak perlu tunggu back support. Belum tentu ada. Tapi Allah,anytime ada.

Azam untuk jadi lebih baik. moga-moga dipermudahkan olehNya. jom hijrah! ajak niii.

unknown

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *