MENGEJUTKAN! ‘Islam Sebenarnya Membenarkan Suami Jilat Kemaluan Isteri’ – DR. MAZA

Posted on

Foto: GoogleISLAMIK ‘Islam Benarkan Suami Jilat Kemaluan Isteri’ – DR. MAZA

Islam membenarkan suami menjilat kemaluan isteri ketika melakukan hubungan seks kata Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan memaklumkan umat Islam yang menganggap perbuatan itu dilarang memiliki pemikiran yang jumud.

‘Allah menyebut isteri-isteri ialah ladang-ladang suami. Jadi datangilah ladang kamu macam mana yang kamu mahu. Buatlah macam mana pun. Agama tak jumud hingga ada ‘style’ (seks) tertentu.

‘Yang tak boleh cuma meliwat isteri atau mendatanginya ketika haid. Selain itu dibenarkan,’ dalam satu rakaman video yang dimuatnaik di Facebook beliau hari ini.

Beliau menjawab soalan peserta satu program ceramah agama apa hukum isteri menyuruh suami menjilat kemaluannya.

Mufti Perlis bagaimanapun mengingatkan suami yang menjilat kemaluan isteri jangan sampai tertelan najis dan seumpamanya daripada kemaluan isteri.

Beliau turut mengingatkan tidak salah untuk suami melihat kemaluan isteri kerana terdapat hadis palsu yang melarang berbuat demikian.

Sumber: Mynewshub.cc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *