Mengapa anda perlu berhenti memberi cinta yang bertepuk sebelah tangan?

Posted on

Bertepuk sebelah tangan. Ayat ini pasti anda pernah dengar, maksudnya cinta yang tak berbalas. Semua orang inginkan cinta dan dicintai. Itu adalah lumrah manusia. Jika cinta anda berbalas dan diterima oleh orang yang anda cintai, maka anda seorang yang beruntung.

Tetapi jika nasib anda tidak baik, anda mungkin hanya akan bertepuk sebelah tangan. Ada beberapa sebab yang anda perlu tahu dan berhenti memberi cinta yang tidak berbalas, antaranya:

#1. Ia akan memusnahkan anda.

Kita memberi tetapi tidak menerima apa-apa. Tidak salah untuk memberi sahaja dan tidak mengharapkan apa-apa balasan kerana itu lebih baik. Tetapi dalam ini cerita, anda sudah pasti mahukan cinta anda berbalas.

Jadi berhentilah memberi cinta kepada yang tidak mahu menerima, kerana ia akan memakan diri anda sendiri. Dalam jangka masa yang panjang ia akan memberi kesan kepada anda, dan lebih teruk, anda akan rasa takut dan tidak akan memberikan lagi cinta kepada sesiapa pun.

#2. Ia akan mungurangkan nilai diri anda.

Mungkin anda tidak perasan, tetapi jika hanya anda yang beria-ia nak kan seseorang itu, tetapi si dia tidak mahukan anda dan tidak memberikan respon yang sepatutnya anda terima, orang disekeliling anda akan melihat diri anda sebagai seorang yang murah dan tiada nilai diri.

Contoh paling senang, kita ambil contoh artis dan peminatnya. Anda adalah peminatnya, dan anda terhegeh-hegeh cerita kepada orang lain, anda sangat cintakan artis itu sampai termimpi-mimpi, dan anda bercerita pada rakan-rakan anda. Apa yang mereka akan fikir. Sudah-sudah lah dengan andan-angan mak jenin ko tu.

#3. Anda akan terlepas pandang terhadap orang yang betul-betul mahukan anda, kerana anda sibuk mengejar orang yang tak ambil peduli tentang anda.

Berhenti sebentar daripada apa yang anda buat, tenang daln lihat sekeliling. Sebenarnya ada orang lain yang betul-betul mengharapkan cinta anda itu. Cuma anda yang tidak perasan, sebab sibuk sangat kejar benda yang tak berbalas. Macam orang lain cakap, bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor.

#4. Akhir nanti semua itu tak berbaloi.

Ada bagusnya anda berusaha yang terbaik untuk misi anda. Tetapi anda perlu juga mengutamakan diri anda juga setelah sampai satu masa yang tertentu. Anda sudah lakukan semuanya untuk dapatkan si dia, tetapi si dia masih tidak nampak cinta anda. Berhentilah dan cintakan diri anda sendiri.

#5. Tak guna melutut merayu untuk dapatkan balasan cinta daripada si dia.

Buruk sangat gayanya jika anda sampai melutut dan merayu mengharapkan balasan cinta dan kasih daripada orang yang anda inginkan. Tidak perlulah sampai menjatuhkan maruah anda sebegitu rendah. Jika sampai serendah itu anda perlu lakukan untuk dapatkan cinta si dia, dia bukan yang terbaik untuk anda.

#6. Anda buang masa dan tenaga.

Kalau anda belajar gila-gila untuk exam, tetapi last sekali anda dapat keputusan gagal. Mesti anda akan frust dan sedih bukan. Sama juga dengan bertepuk sebelah tangan. Anda hanya membuang masa dan tenaga anda, anda akan lagi rugi jika anda terpaksa membuang duit untuk si dia juga. Rugi yang teramat.

#7. Anda bukan anjing yang sibuk mengejar tulang.

Harga diri anda lebih mahal daripada itu. Abaikan saja tulang-tulang yang tak guna ini. Ada ramai lagi yang inginkan kasih sayang anda.

#8. Anda berhak untuk terima yang lebih baik.

Cinta dan kasih sayang anda itu adalah yang terbaik anda berikan, jadi carilah pasangan yang dapat memberikan nilai yang setimpal atau lebih kepada diri anda. Asyik memberi je, nak juga menerima.

#9. Kebahagian tidak akan datang jika hanya anda seorang.

Jika anda seorang yang boleh bahagia dengan diri sendiri tanpa perlukan orang lain, baguslah. Anda seorang yang ganjil kerana anda tidak mengikut lumrah manusia. Tuhan menciptak laki-lai dan perempuan itu secara berpasang-pasangan.

Jika anda sudah tahu anda bertepuk sebelah tangan, anda boleh lah mencuba #3 semula. Yang tak nak terima cinta anda itu anda biarkan saja, jual mahal sangat, biarkan dia hidup seorang diri, sebab dia orang yang ganjil dan kita bukan.

Artikel berkaitan untuk dibaca :

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *