Menerobos terowong masa 1957, hayati erti kemerdekaan

Posted on
BAYANGKAN, anda berada di Tanah Melayu pada 60 tahun lepas. Bagaimana agaknya suasana ketika tanah air mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957?

Sejak 15 Ogos lalu, Astro AWANI menerusi kempen #60JalanMerdeka membawa pembacanya menerobos terowong masa ke tahun 1957 di garis masa Twitter, bagi menghayati detik-detik persiapan menyambut kemerdekaan di garis masa Twitter.

Sudah tentunya kembara masa 48 jam, laporan detik bersejarah di saat dan ketika ia berlaku pada 30 dan 31 Ogos 1957 diperincikan bersama-sama sokongan media seperti gambar dan video.

Beberapa trivia turut disertakan dalam kempen ini, bagi memberi pendedahan dan penghayatan untuk pembaca Astro AWANI, terutama bagi golongan generasi muda yang kini memilih platform media sosial sebagai sumber informasi dan berita. BACA: 60 Jalan Merdeka

Mungkin kerana angka 60 tahun, media tempatan Berita Harian turut membawa pembacanya ke masa silam dengan menerbitkan semula naskhah khas 12 muka surat, yang pernah menjadi muka hadapan akhbar tersebut pada 1957.

Berita Harian menerbit 12 muka surat khas pada 31 Ogos 2017.

Detik 1957 turut mendominasi sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini. 

Pada sambutan ini, Stadium Merdeka – yang menjadi saksi pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957, ‘dibina semula’ di Dataran Merdeka, sekali gus membolehkan orang ramai dan peserta merasai seolah-olah berada di stadium bersejarah itu.

BACA: Detik 1957 mendominasi sambutan Hari Kebangsaan 2017 

Bagi anda yang mahu terokai dan fahami apa yang dikecapi, dipertahankan dan apa yang diperjuangkan generasi lalu, anda boleh terus memasukkan kata kunci #60JalanMerdeka di Twitter, atau terus ke akaun Twitter @60JalanMerdeka.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *