Memilih Jodoh

Posted on

Memilih Jodoh

Assalamuaikum,

Hai, saya Dee. Bukan Dee watak dalam Hero Seorang Cinderella, tapi saya yang Dee hati awak. Ok gurau. Memandangkan iium confession ni pentas meluahkan rasa, Dee terdetik untuk bercerita kisah dan pandangan Dee tentang tajuk yang Dee kongsikan.

Saya belum berkahwin dan masih tinggal bersama ibu. Buat masa ni tak terniat pun nak berkahwin kerana umur masih muda, masih belajar dan Dee tak ada boyfriend lagi! Tapi biasalah, saudara mara terutamanya makcik-makcik saudara selalu bising, bila Dee nak tunang? Eh Dee taknak tunang ke dah umur 23? Dulu makcik umur 20 tahun mesti dah ada boyfriend hihi.

Dee bukan apa, kalau lah Dee yang ni seuntung Dee dalam Hero Seorang Cinderella, petik jari sekali je dah boleh dapat putera gagah kacak laksana Fattah Amin. Tapi apakan daya, Dee hanya insan biasa. Dee seperti perempuan-perempuan lain di luar sana yang mendambakan seorang lelaki yang ingin dikahwini.

Tapi sejak kebelakangan ni Dee melihat betapa cerewetnya para perempuan mahupun lelaki tentang memilih calon yang ingin dikahwini. Termasuk juga Dee tak dinafikan. Jangan gelabah. Jangan kecam Dee. Bukan nak demand lebih, tapi kita harus memilih.

Alah Dee ni, patut la tak ada orang nak. Memilih. Nak pergi dapur pun jinjit kaki, sebelum kecam Dee, Dee ingin beritahu yang Dee suka sangat memasak. Suka sangat mengemas rumah. Bukan nak memuji diri sendiri tetapi memang itu Dee tapi tu lah, susah nak dapat jodoh.

Kalau tengok di media sosial, kecoh betul pasal duit hantaran tinggi tapi masak pun tak reti. Bukan wife material katanya. Apa yang dikatan wife material tu macam pandai memasak, solehah, pandai jaga hati suami dan yang penting jangan demand sangat pasal duit hantaran.

Dee sebagai perempuan, bukan nak sokong perlu hantaran tinggi. Cuma nak satu je yang para jejaka Malaysia kena tahu, pengorbanan seorang isteri ni sangat lah besar. Dari lahirkan anak sehingga lah menguruskan hal rumah tangga. Jadi, kalau dah jumpa calon isteri yang ada dalam ciri2 wife material tu, sila lah hargai. Sila lah consider duit hantaran tu. Even perempuan tu hanya minta 1k untuk duit hantaran pun, lelaki faham2 lah. Takkan nak hulur 1k sahaja? Tapi ikut kemampuan diri lah. Tu dinasihatkan kahwin tu biar lah kerja stabil dulu, duit dah mahsyuk baru la best nak kahwin. Lain lah mak ayah sponsor, kan?

nak tunggu stabil, lama sangat. Takut girlfriend lari,. Dah tu, hang pergi bercinta awal tu siapa suruh? Masalah kita sekarang bercinta lama2 ni memang culture, kan? Then solution dia kahwin awal. Kalau nak berkahwin awal, tapi tak ada duit susah juga. End up kena berkerja keras waktu usia muda. Walau apa pun, bagus juga kalau niat couple muda tu nak susah bangun bersama. Kahwin tu biar nawaitu Lillahi Taala. Kalau kerana nafsu, alamatnya 2-3 tahun dah bercerai. Dee cakap ni pun berdasarkan pengalaman kawan Dee sendiri yang berkahwin awal tapi tak sampai 3 tahun dah bercerai. Sampai Dee rasa kahwin tu tak boleh buat main. Mula2 bercinta memamg lah sweet2 bagai sebab tak tahu perangai sebenar pasangan. Bila dah kahwin, segala kerak tahu. Well, kematangan dalam diri tu kena ada.

Lelaki cerewet lebih sebenarnya. Dee pernah dengar sebuah ceramah ni, ustaz tu bagi ceramah tentang perkahwinan. Beliau ada menyebut, perempuan kalau suami balik kerja, jangan lah bau bawang. Cuba lah cantik depan suami. Boleh bayangkan ustaz ni memang nak suruh isteri beliau wangi hari2. Tak salah, tapi nadanya macam menusuk hati Dee jugaklah. Sebab Dee suka masak dan kalau penat memasak tu sampai tak sempat nak mandi, terus terbaring.

Perempuan yang suka masak ni memang susah nak melaram. Kalau ada pun, mesti dalam rancangan memasak. Kalau ada pun, mesti nak post muka sekali dengan makanan dekat media sosial. Kalau tak lawa depan orang susah la, susah la dapat likes.

Dee nak beritahu, kalau nak isteri pandai masak macam2, kena terima seadanya appearance dia. Sebab setiap kali Dee memasak, peluh tu bukan main laju mengalir. Muka tak payah cakap. Habis pori2 muka terbuka, blackheads semua tumbuh. Yang suka memasak lebih, jeragat tumbuh tak sah. Lepas masak, bersihkan muka buat facial semua, tapi end up masak lagi. Yang ada anak ramai, tak usah dikata. Well perempuan. (Nanti mesti ada yang nak promote Dee produk kecantikan)

Melawa je tahu, mengemas tidak. Ini lagi satu statement yang selalu dipakai lelaki. Dengan harapan, bila dapat isteri pandai mengemas, 100 % tanggungjawab isi rumah semua isteri tanggung. Hello, Dee di sini. Saya suka sangat mengemas tapi tak jumpa pun jodoh? Dee pun ada ibu yang suka sangat mengemas. Ibu selalu cerewet kalau rumah bersepah. Abang Dee yang paling suka sepahkan rumah. Tapi abang selalu merungut kalau ibu mengemas. Suruh mengemas malas pulak. Adakah abang Dee je macam ni?

sediakan rumah pun dah cukup,. Dee sangat salute lelaki yang setiap bulan bagi isteri salary. Ibarat satu penghargaan buat housewife terutamanya, kerana menjaga makan minum dan menguruskan rumah tangga. Walau sesibuk mana pun suami, isteri mesti gembira sebab titik peluhnya dihargai. Yang cakap, sediakan rumah pun dah cukup tu, sebenarnya ok je kalau si isteri dapat layanan yang baik. Kalau berbulan-bulan tak balik, rumah sewa pun isteri bayar, tu ayam.

beauty with the brain,. Beauty pulak? Ini masalah lelaki. Dah jumpa pandai masak, mengemas, solehah, pandai jaga hati tapi nak yang cantik pulak. Dia nak perempuan bijak, at the same time cantik! Ok Dee hudsnuzon je, yang nak beauty with the brain ni mesti lelaki yang handsome + bijak jugak. Kalau tak kenapa nak memilih sekali package cantik kan?

tak suka perempuan bersolek,. Part ni kan, Dee rasa ada juga betulnya. Kalau dah bersolek pun tebal macam mak lampir, siapa je mahu? Cuma perbetulkan ayat tak suka bersolek tu kepada tak suka bersolek tebal. Wahai lelaki, bersolek tu memang tabiat wanita. Macam menonton perlawanan bola, itu pun tabiat juga. Tabiat lelaki. Tabiat semua tu susah nak halang. Cuma boleh dikurangkan. Dan bukan semua lelaki dan perempuan ada tabiat sama.

say no more to feminism,. Ok yang ni Dee tak tahu nak comment apa sebab Dee pun kadang2 naik meluat dengan golongan ni yang selalu gelabah tak tentu pasal. Mereka selalu trigger tahap gunung berapi bila isu yang tak patut dibincangkan memang harus dibincangkan. Kalau dapat golongan ni, perlu bersabar dan sedia jawapan segala persoalan yang mereka selalu musykilkan.

Tapi itu lah, Dee percaya bukan semua lelaki yang suka memilih sangat. Kalau memilih pun, mesti ada sebabnya. Macam Dee lah. Dee memilih nak lelaki yang stable kerjayanya, matang, jaga ibadahnya, penyabar dan pandai layan Dee. Supaya nanti rumah tangga bahagia. Yang penting terima Dee seadanya. Kalau kacak, itu bonus!

Dee

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *