Membeli-belah dalam gelap?

Posted on

BAYANGKAN anda diberi peluang untuk menghabiskan RM3,500 dalam masa lapan minit untuk mengambil apa sahaja di sebuah pasar raya.

Cuma cabarannya, anda hanya boleh membeli-belah dalam keadaan gelap dengan hanya menggunakan lampu kepala. Jadi, barangan apakah yang anda akan ambil?

Bagi pasangan suami isteri Mohd Fakri Ghazali, 36 dan Nurul Huda Sahury, 34, barangan keperluan keluarga dan anak-anak menjadi keutamaan.

“Memang banyak barang boleh diambil namun kami mengutamakan barangan keperluan harian. Contohnya seperti sabun mandi, sabun basuh dan beras. Kami cuba mengambil sebanyak yang mungkin,” kata Fakri.

Mohd Fakri dan Nurul Huda merupakan antara 10 finalis pertandingan kempen Energizer ‘Shop in The Dark’ 2017 yang berlangsung di Mydin USJ, Subang pada Khamis lalu.

Pertandingan ini mencabar peserta untuk membeli-belah dalam gelap selain menerima bonus sebanyak RM3,500 untuk dihabiskan di pasar raya Mydin.

Antara barangan keperluan harian yang dibawa pulang oleh Mohd Fakri dan isterinya, Nurul Huda Sahury.

Mohd Fakri juga berkata pertandingan seumpama ini mampu meringankan beban kos sara hidup mereka.

“Kami pernah memasuki pertandingan ini pada tahun lepas dan kami menyifatkan pertandingan ini sangat membantu dalam meringankan kos sara hidup.

“Dengan barangan yang kami ambil seperti sabun baju dalam jumlah yang banyak, ia mampu bertahan sehingga setahun,” tambahnya.

Kempen Energizer ‘Shop in The Dark’ 2017 merupakan pertandingan anjuran Energizer dengan kerjasama Mydin Mohamed Holdings Berhad.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *