Memahami Emosi

Posted on

Memahami Emosi

Bak kata orang omputeh, Lets talk about emotion.

Post ni mungkin agak seminggu lewat untuk menjadi reply kepada confession yang cerita tentang introverts senang depress; tapi tak apa lah. Yang lepas biarkan lepas- sekarang ni nak bercerita sedikit tentang satu ilmu umum yang jarang orang nak cerita.

Tapi sebelum tu, tuan post nak letak disclaimer dulu: ceduk ayat2 dalam post ini dengan berhati-hati sebab tukang tulis cuma ikut pengalaman dan sedikit bacaan sendiri. Tak expert sangat la, tapi tukang tulis rasa benda ni urgent.

Ok. Jadi post ni sebenarnya nak cerita tentang ilmu memahami emosi diri sendiri. Kenapa? Sebab tukang tulis dah muak tengok manusia yang suka buat keputusan/tindakan drastik (drastik kat sini maksudnya buat benda tak fikir panjang) tanpa memahami KENAPA mereka buat begitu.

Sebagai contoh. Terlibat dengan money game; dah tegur tapi buat tak endah. Duit lesap, pergi salahkan orang lain tabur pasir dalam periuk nasi dia.

Contoh lain. Gaji tak berapa nak tinggi. Tapi first salary dah perhabis kat deposit kereta Honda City. Bila hujung bulan, duit habis dia pergi salahkan semua harga barang naik.

Mungkin dua contoh diatas agak keterlaluan. Ada contoh2 lain, tapi nanti meleret sangat.

Setiap tindakan yang kita lakukan, secara sedar atau tidak, sentiasa didorong dengan emosi/motivasi diri kita sendiri. Cuma yang membezakan adalah sejauh mana kita membenarkan pengaruh emosi dalam tindakan kita.

Bila keterlaluan, tindakan kita mungkin akan merugikan/membahayakan diri kita dan orang sekeliling kita.

Jadi, tukang tulis ada beberapa langkah mudah untuk diambil contoh:

1) Acknowledge/Terima emosi anda bila anda menghadapi sesuatu situasi.

Waiter lambat sampai meja? Ya, anda mungkin tak suka. Kawan anda anak emas lecturer? Ya mungkin anda cemburu. Jiran rumah sebelah gelak macam pontianak? Tuan post pun takut jugak.

Bagi tuan post, untuk hadapi langkah pertama ni- tiada emosi baik atau jahat. Ada tujuan tertentu kenapa Tuhan cipta manusia dengan kebolehan untuk merasa pelbagai jenis perasaan. Terima perasaan anda tak bermaksud kita kena sebut/express emosi terus kepada luaran. Cukup untuk diri sendiri tahu Oh, aku rasa sedih/geram/takut/cemburu.

Benda ni nampak remeh, tapi seramai mana antara kita yang mampu meletakkan ego ke tepi dan mengaku diri kita juga merasa kelemahan?

2) Fahami punca kepada emosi anda.

Langkah kedua ini bukan untuk menghalalkan tindakan menyalahkan orang lain.

Macam contoh waiter lambat tadi, fikir kenapa anda marah dengan situasi tu? Adakah anda jenis yang menepati masa, dan benda yang membazirkan masa anda buat anda marah? Atau anda terasa sangat lapar pada masa tersebut sampai anda rasa cepat sentap sebab lapar?

Ya, memang waiter tu lambat. Tapi bila anda berjaya terima emosi anda dan faham puncanya, sekurang-kurangnya anda tahu anda boleh kawal diri sendiri dan fikir tindakan yang elok boleh diambil untuk menghadapi situasi tersebut.

Contoh waiter ni nampak remeh, tapi bila pakai balik dua langkah ni dalam situasi lain macam contohnya ahli politik bercakap pungpang nak sangat undi daripada awak- at least anda boleh faham apakah your emotions are used against for your own good or not.

(PSA: PRU dah nak dekat. Jangan bazirkan undi anda kepada politicians yang memainkan sentimen untuk kepentingan mereka sendiri. Hangpa bakal calon SRC sama jugak).

3) Evaluate/Ambil kira tindakan anda untuk menghadapi emosi anda.

Waiter lambat. Anda rasa marah- lupa sahur sebab tak sempat bangun (padah tiap2 hari asyik buat subuh gajah). Orang lain dah nak habis berbuka, spaghetti bolognse ayam tak sampai2 lagi. Jadi apa anda lakukan?

Mengamuk? Is it worth it? Tanya manager, Woi cilaka tak siap lagi ke makanan aku?? Atau tanya dengan elok Lama lagi tak makanan saya nak sampai? Kalau tak cancelkan order saya, saya nak pergi KFC sebelah kedai awak.?

Pilih tindakan yang tidak akan melaratkan situasi anda. Jangan tambah dosa. Percaya la cakap saya. Mana tahu waiter yang anda marah tadi rupa2nya anak boss tempat kerja anda, yang sedang kerja part-time untuk dapat experience? Sudah nanti segan pulak nak pergi rumah terbuka boss hujung bulan depan.

Cukup tiga langkah tadi untuk anda belajar mengawal emosi dan memilih untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri anda. Kita mungkin tidak boleh kawal tindakan orang lain, tapi anda MAMPU mengawal tindakan anda!

Bijak Emosi, Bijak Tindakan!

Kuuro

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *