Melampau! Dah macam panggung wayang pelajar lelaki tonton video lucah guna projektor sekolah

Posted on
Melampau! Dah macam panggung wayang pelajar lelaki tonton video lucah guna projektor sekolah

Melampau! Dah macam panggung wayang pelajar lelaki tonton video lucah guna projektor sekolah

Macam panggung wayang dah korang buat , sudahlah tengok benda tak elok , kemudian tonton secara berjemaah . Heii ..

Menerusi Coconuts Jakarta , sekumpulan pelajar kantoi menonton video lucah menggunakan projektor dalam kelas . Gambar itu kemudiannya tular di media apabila dimuatnaik oleh seorang netizen ke media .

Berdasarkan gambar , beberapa orang pelajar yang berpakaian lengkap berbaju pengakap sedang leka menonton video lucah berkenaan sehingga tidak perasaan perbuatan mereka dirakam oleh seseorang .

Kejadian dilaporkan berlaku di Sekolah Tinggi Greater , Jakarta . Lembaga Pendidikan Jakarta telah dimaklumkan berkenaan kejadian dan mereka telah melancarkan siasatan untuk mengenal pasti sekolah berkenaan .

Ramai yang memberi spekulasi bahawa gambaran kejadian itu berlaku di sebuah sekolah tinggi di Depok atau sekolah tinggi SMAN 11 di Timur Jakarta .

Bagaimanapun  , pengetua sekolah mengugut untuk melaporkan kepada pihak polis jika terdapat sesiapa yang menuduh beliau ‘tutup sebelah mata’ dengan tindakan pelajar yang melanggar undang-undang .

Pihak berkuasa sama sekali tidak akan memandang ringan kes ini . Mengikut undang-undang pornografi , orang dewasa yang ditangkap menyebar dan mempamerkan video kandungan pronografi boleh dikenakan hukuman penjara maksima 12 tahun.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *