‘Melamar Rindu’, Bukan Luahan Tajul Buat Wany

Posted on

REZEKI… Baru-baru ini penyanyi lagu Sedalam-Dalam Rindu, Tajul telah mengeluarkan satu lagi single yang bertajuk Melamar Rindu.

Berikutan itu ramai yang beranggapan melalui lagu tersebut adalah luahan Tajul sendiri buat seorang penyanyi yang semakin mendapat nama, Wany Hasrita.

Tajul, 19; mengakui meskipun sering kali dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Wany, dia tegas menafikan single terbaharu itu adalah merupakan luahan hati terhadap gadis tersebut.

Dia sebaliknya berkata, lagu tersebut adalah merupakan pilihan pengurusnya dan sedikit pun tidak ada kena mengena pun dengan Wany.

“Saya hanya mengikut strategi pengurusan. Ia sekadar lagu dan bukan luahan hati saya kepada sesiapa, terutama Wany.

“Kebetulan judul lagu itu dilihat mempunyai persamaan dengan Menahan Rindu hingga ramai membuat andaian ia ditujukan untuk Wany.

“Sebagai penyanyi, saya hanya menjalankan tugas membawakan lagu itu seperti diminta dan ia bukan mewakili perasaan saya,” katanya dipetik BH Online.

Melamar Rindu merupakan lagu ciptaan Harry Khalifah dan ia telah berjaya meraih lebih daripada sejuta tontonan menerusi laman Youtube sejak dimuat naik seminggu lalu.

Dalam pada itu, ketika ditanya soal gosipnya dengan Wany, dengan pantas Tajul menepis dakwaan tersebut.

Dia mengatakan mereka berdua hanya mempunyai hubungan sebagai seorang kawan berikutan mereka berdua bernaung di bawah pengurusan yang sama, FMC Music.

“Mungkin kerana kami rapat, jadi ramai yang beranggapan sedemikiansedangkan perasaan itu tidak timbul.

“Wany hanya rakan sekerja dan hubungan kami belum sampai ke tahap bercinta. Soal jodoh, ia tidak akan ke mana,” ujarnya.

Tajul memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga berikutan pencapaian pantas single terbaharunya itu meraih tontonan yang di luar jangkaan. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

[embedded content]

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *