Melaka Dilanda Banjir, Sebuah Pusat Pemindahan Dibuka

Posted on

MELAKA – Sebuah pusat pemindahan banjir dibuka berikutan paras air yang kian meningkat di Klebang  selepas hujan sederhana lebat turun sejak 11 pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata seramai 44 orang penduduk melibatkan lima keluarga dari Kampung Bukit Berlian dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai..

“Sehingga jam 9 malam ini, sebanyak lima buah rumah terjejas akibat bencana berkenaan,” katanya yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan.

Beliau berkata agensi kerajaan termasuk Pejabat Daerah, APM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sedang memantau keadaan dan akan memaklumkan keadaan dari semasa ke semasa. – BERNAMA

[embedded content]

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *