Maut ditembak suami

Posted on

SEORANG wanita maut dipercayai ditembak suaminya, seorang anggota polis, di Kampung Kakai, Serian, Sarawak, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, wanita berusia 30-an itu ditemui terbaring oleh seorang ahli keluarganya di dalam rumah.

Sumber berkata, mangsa ditembak suaminya dipercayai menggunakan pistol.

Menurutnya, selepas menembak isterinya, suspek melarikan diri dengan kereta jenis Proton Saga bersama pistol yang digunakan.

“Polis yang dimaklumkan kejadian bergegas ke rumah berkenaan untuk siasatan lanjut dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *