Manisnya berbudi pada tanah

Posted on

Kuala Berang: Berbudi kepada tanah tentu mendatangkan hasil lumayan dan itulah kesempatan digunakan 10 penduduk Kampung Peneh, di sini, dengan menjadikan tanah sawah terbiar di kawasan berkenaan sebagai kebun tanaman limau madu berkelompok sejak tiga tahun lalu.

Ketua kelompok, Ahmad Ali, 74, berkata, tanah sawah seluas empat hektar itu terbiar sejak 20 tahun lalu dan mereka memanfaatkannya dengan tanaman 1,400 pokok limau madu.

Menurutnya, pokok limau yang ditanam itu dijangka mengeluarkan hasil pada Disember dan membantu peserta menambah pendapatan keluarga.

“Sebaik mengeluarkan hasil, buah limau boleh dikutip dua kali setahun dan dijangka mampu mengeluarkan 1.4 tan untuk sekali tuaian.

“Projek ini dipantau Jabatan Pertanian Daerah Hulu Terengganu bagi menghasilkan buah yang baik. Sebatang pokok limau mampu hidup hingga 20 tahun dan setiap pokok dijangka mampu mengeluarkan 100 kilogram (kg) buah limau yang elok untuk pasaran,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *