Majlis Merisik Izara Aishah

Posted on
Majlis Merisik Izara Aishah

Pilih 17 November sebagai tarikh perkahwinan. (Gambar: Instagram @adibkhalid)

Selepas tiga tahun berkawan rapat, pelakon Izara Aishah dan kekasihnya, Adib Khalid bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 17 November depan.

Bersama ibu Adib, Datin Tengku Zawyah.

Menurut Izara, pemilihan tarikh itu dibuat hasil perbincangan yang diadakan di antara kedua-dua pihak selepas majlis merisik oleh keluarga Adib, yang diadakan secara tertutup di kediaman pelakon Pilot Cafe itu di Shah Alam, petang semalam.

Upacara menyarungkan cincin.

Ia hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak.

“Majlis petang tadi hanyalah untuk merisik dan bukannya majlis pertunangan seperti yang dihebokan. Perancangan untuk majlis merisik ini sudah diputuskan lebih awal dan kami memang sengaja memilih selepas sambutan Aidilfitri.

Datuk Siti Nurhaliza, Izara Aishah dan Datin Tengku Zawyah.

“Perasaan saya ketika ini, sejujurnya belum ada rasa apa-apa. Cuma saya lega apabila majlis merisik selesai diadakan,”katanya kepada Rojak Daily Kaw! ketika dihubungi selepas majlis berlangsung.

Bergambar kenangan.

Sementara itu, kenangan sekitar majlis berkenaan turut dikongsi oleh ibu tiri Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studio yang juga penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza.

Menantu dan bakal menantu bergambar.

Pada majlis itu, Izara dan Adib, 27, dilihat mengenakan pakaian sedondon berwarna kuning. Dalam sekeping gambar, kelihatan ibu Adib, Datin Tengku Zawyah Tengku Izham, turut menyarungkan cincin sebagai tanda ke jari manis bintang Kau Yang Satu itu.

Sedondon kuning.

Biarpun sekadar majlis merisik, persiapan yang dibuat seakan-akan majlis pertunangan apabila ia dilengkapi dengan pelamin dan beberapa barangan hantaran seperti sirih junjung, manisan dan kek.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *