‘Mahu teliti dahulu’

Posted on

Kuala Lumpur: Jurulatih Harimau Malaya Nelo Vingada tidak bercadang memanggil pemain muda berbakat Wan Kuzain Wan Kamal yang kini bergelar pemain profesional di Amerika Syarikat (AS) menyertai pasukannya dalam masa terdekat ini.

Pengendali kelahiran Portugal itu mengakui belum sempat memantau perkembangan Kuzain, 18. Bagaimanapun beliau menjelaskan dengan usia cukup muda itu, pemain kelab Swope Park Rangers (SPR) Kansas City, Missouri berkenaan perlu mempamerkan prestasi cukup hebat untuk bersaing dengan pemain lebih senior.

“Ya saya tahu mengenai Kuzain, dia baru berusia 18 tahun, dan boleh menyertai skuad bawah 19 tahun Amerika Syarikat. Kita akan lihat dulu sebarang kemungkinan (Kuzain mewakili Malaysia).

“Saya belum melihatnya beraksi, jadi perlu meneliti terlebih dulu. Tapi biasanya semua pemain akan melalui setiap peringkat umur cuma pemain yang cukup hebat boleh terus bermain di peringkat lebih tinggi,” katanya kepada Arena Metro.

Kuzain pemain yang beraksi di posisi tengah menandatangani kontrak bersama SPR, Rabu lalu selepas ketua jurulatih kelab itu Nikola Popovic menganggap pemain muda itu prospek terbaik dihasilkan Sporting KC Akademi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *