Maahad Johor Sasar Sifar Gagal Untuk STAM

Posted on

JOHOR BAHRU – Maahad Johor menyasarkan sifar gagal untuk peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang bermula hari ini.

Ketua Pelajarnya Muhammad Nazmi Nazim berkata antaranya pelajar sekolah itu mengamalkan membaca Surah Yasin dan solat hajat secara berjemaah setiap hari serta mengulang kaji pelajaran secara berkumpulan setiap malam menjelang hari peperiksaan.

“Setiap malam kami akan melakukan Murabbi Junior iaitu seorang pelajar akan membimbing pelajar lain yang tidak faham dalam satu-satu subjek.

“Kami telah berusaha dan hari ini kami akan berjuang habis-habisan untuk menuju ke menara gading,” katanya kepada Bernama ketika ditemui hari ini sambil mengharapkan semua pihak mendoakan kejayaan di dunia dan akhirat buat dirinya serta pelajar lain khususnya dalam peperiksaan itu.

Peperiksaan STAM yang bermula hari ini itu akan berakhir pada 1 November depan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Johor Shaharuddin Sharif dalam kenyataan berkata seramai 811 calon berdaftar di neger ini menduduki peperiksaan itu dan 11 pusat peperiksaan dibuka dari lapan sekolah serta melibatkan 101 petugas peperiksaan. – BERNAMA

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *