Lonjakan AS

Posted on

Washington: Penyerang kelahiran England, Dom Dwyer menyumbat satu gol dalam penampilan sulungnya ketika Amerika Syarikat (AS) menewaskan Ghana 2-1 pada aksi persahabatan antarabangsa, semalam.

Dwyer, penyerang Sporting Kansas City yang mendapat taraf kewarganegaraan AS tiga bulan lalu, merembat masuk sepakan voli kencang pada babak pertama bagi membantu persiapan Amerika menjelang Piala Emas Concacaf bulan ini.

Seorang lagi pemain yang tampil kali pertama, Kellyn Acosta dari FC Dallas menyumbat gol kedua AS pada minit ke-52 ketika pasukan kendalian Bruce Arena, yang merehatkan beberapa pemain utama, meraih kemenangan pencetus semangat.

Penyerang veteran Ghana, Asamoah Gyan membalas satu gol buat pelawat menerusi sepakan percuma menakjubkan pada minit ke-60 namun AS berjaya memastikan kemenangan.

Sekalipun ia aksi persahabatan antarabangsa, perlawanan itu mempertemukan dua pasukan yang bertarung sesama sendiri dalam perlawanan menarik pada pusingan akhir Piala Dunia 2006, 2010 dan 2014.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *