Lombong Tembaga Lama Tarikan Pelancongan Baharu

Posted on

MONTEVIDEO – Lombong tembaga terbiar di wilayah tenggara Maldonado menjadi daya tarikan pelancong baharu di Uruguay yang memberikan peluang kepada pelawat menyelusuri terowong sambil melihat keindahan batu-batuan luar biasa.

Kerja-kerja membaik pulih lombong dan terowong berkenaan bermula sejak 2009 oleh Pengasas Mina La Oriental Park, Lilian Ascorreta.

Menurut Ascorreta, hartanah seluas 15 hektar itu dikendalikan keluarganya semenjak penghujung abad ke-19 dan sejarah lombong berkenaan bermula pada 1754, apabila penjajah Sepanyol menemui tembaga di sebuah kawasan di sempadan wilayah Maldonado dan Lavalleja.

Selepas era pengeluaran Sepanyol, satu usaha baharu dilancarkan pada abad ke-19 oleh ahli perniagaan Argentina yang kemudian menamakan lombong itu sebagai La Oriental, kata Ascorreta.

Pada abad ke-20, ketika Uruguay berdepan era kejayaan dan kegagalan, bapa Ascorreta berusaha memulihkan lombong berkenaan serta menemukan semula stalaktit.

Pada 2006, mahkamah memutuskan keluarga Ascorreta memperoleh hak milik hartanah itu.

Sejak 2013, La Oriental telah dikunjungi penuntut universiti yang mengambil jurusan geologi dan biologi untuk mengkaji pembentukan batu yang dipercayai bermula kira-kira 1.5 bilion tahun. – BERNAMA

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *