Lesen Khas Umrah (LKU) Berkuatkuasa 1 Oktober Lalu

Posted on

Lesen Khas Umrah (LKU) yang dilancarkan Selasa akan berkuat kuasa mulai 1 Oktober lalu untuk semua agensi pelancongan pengendalian pakej Umrah dan Ziarah.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) dalam satu kenyataan media pada Jumaat menyatakan LKU diberi kepada kumpulan pertama 25 syarikat bermula pada hari berkenaan.

“Pihak kementerian sedang memproses kelulusan bagi semua syarikat agensi pelancongan yang telah mengemukakan permohonan masing-masing sejak LKU dibuka untuk permohonan pada 20 September lepas.

“Keputusan kelulusan lesen itu akan dimaklumkan secara rasmi melalui laman web di www.motac.gov.my dan pemakluman melalui surat rasmi kepada semua syarikat yang berjaya dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

Motac juga meminta kepada orang ramai supaya tidak panik dan membuat pembatalan pakej dibeli kerana kelulusan sedang diproses untuk 103 syarikat yang membuat permohonan lesen berkenaan.

Piagam pelanggan pemprosesan LKU adalah dalam tempoh 20 hari bekerja setelah dokumen lengkap diterima manakala semua syarikat yang layak memohon diberikan pengecualian fi proses dan fi lesen sehingga 31 Disember ini.

Sumber : BERNAMA

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *