Lemang daun lerek

Posted on

Kuala Lumpur: Umumnya lemang, makanan tradisional yang sinonim dengan sambutan Hari Raya di negara ini dimasak berlapikkan daun pisang namun bagi mereka yang berasal dari pantai timur, lemang daun lerek lebih digemari.

Menyedari keunikan rasa dan aroma lemang daun lerek, Ariffin Zakaria, 58, menjadikan daun tumbuhan herba itu yang nama saintifiknya Phrynium pubinerve blume sebagai pengalas lemang yang dijualnya sejak 17 tahun lalu.

Justeru tidak menghairankan lemang daun lerek di gerai Ariffin atau lebih dikenali Cik Ipin di Greenwood, Gombak, menjadi tumpuan orang ramai untuk dijadikan juadah pada Hari Raya.

“Saban tahun saya menggunakan lebih kurang 80 guni beras untuk menampung permintaan pelanggan dan seguni beras boleh menghasilkan 200 batang lemang,” katanya.

Dia yang mengusahakan perniagaan itu bersama isteri, Zainab Rais, 56, berkata, mereka mampu menjual antara 16,000 dan 20,000 batang lemang daun lerek setiap tahun.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *