Lelaki Ini Pernah Mencatat Rekod Lelaki Terpendek Dan Tertinggi Dunia

Posted on

Adam Rainer merupakan satu-satunya orang yang direkodkan dalam sejarah pernah menjadi kerdil dan gergasi. Dia dilahirkan oleh ibu bapa yang mempunyai ketinggian normal manusia, masing-masing dengan ketinggian 175cm buat bapa dan 165cm buat ibunya.

Ketika Adam berumur 18 tahun (1917), dia cuba untuk menyertai tentera namun ujian perubatan menghalangnya kerana memiliki ketinggian yang sangat rendah serta badan yang lemah. Ketika ujian perubatan itu, ketinggiannya adalah 138cm.

Setahun selepas itu, Adam mencuba nasib sekali lagi setelah ketinggiannya mempunyai perkembangan sebanyak 2 inci (5cm), namun pihak tentera tetap menolak permohonannya atas sebab ketinggian.

Walaupun pendek, laporan perubatan menyatakan bahawa Adam mempunyai saiz tangan dan kaki yang besar dimana ianya luar biasa jika dibandingkan dengan ketinggiannya.

Menjelang tahun 1920, Penglihatan Adam mula merosot. Walaupun masih dapat membaca, namun mata kanannya hampir buta. Pada masa yang sama, pendengarannya juga menjadi lebih buruk dan hampir pekak di bahagian telinga kirinya.

Pada 1925, tulang belakangnya mula melengkung dan kesihatannya semakin lemah. Dari selera makan yang normal sehingga dia dapat rasakan semakin sukar untuk makan. Pergerakannya juga semakin sukar pada tahap ini.

Pada tahun 1930, Adam telah diperiksa oleh Dr. A. Mandl dan Dr. F. Windholz, dan mendapati ketinggiannya naik mendadak kepada 7 kaki 1 inci (216 cm). Ketika pemeriksaan ini dijalankan, Adam memiliki tumor kelenjar pituitari yang menyebabkan kelebihan pengeluaran hormon pertumbuhan.

Adam menderita dari gejala acromegali dan menunjukkan banyak tanda-tanda seperti saiz tangan dan kaki yang luar biasa, rahang dan dahi yang menonjol, bibir menjadi tebal, gigi lebih besar.

Anda boleh lihat kesan kepada gejala acromegali ini terhadap peringkat usianya.

Operasi untuk membuang tumor telah diputuskan kerana ianya mungkin pelan tindakan yang terbaik walaupun peluang untuk kejayaan operasi ini sangat kecil kerana tumor itu telah membesar selama 10 tahun dalam tubuh Adam.

Pada 1930, Adam telah dikendalikan oleh Prof. O. Hirsch dan beberapa bulan selepas operasi ketinggian Adam diukur semula. Dia masih mempunyai ketinggian yang sama namun lengkungan tulang belakangnya semakin teruk dan membuktikan bahawa operasi itu sebenarnya gagal.

Ketika dia mati pada 1950, ketinggiannya masih meningkat mencecah 238.8cm laporan daripada surat khabar.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *