Lelaki Dibelit Belalai Gajah Diselamatkan Oleh Rakan Dengan Laungan Allahuakbar

Posted on
Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Zaman sekarang bahaya ada di mana-mana sahaja lebih-lebih lagi di kawasan yang berdekatan dengan hutan. Kita tidak akan dapat menjangka apa yang bakal terjadi apabila kita berada di kawasan seperti itu.

Misalnya perkara yang menimpa Dahmurdin, seorang pekerja pengutip biji di Ladang Tunjuk Laut yang telah diserang gajah secara tiba-tiba ketika dia sedang sibuk bekerja di kawasan ladang tersebut.

Sumber : Facebook

Kira-kira jam 2 petang, dia berada di ladang untuk meneruskan rutin sehariannya sebagai pekerja sebelum terlihat seekor gajah semakin menghampiri kawasannya.

Gajah bersaiz besar itu yang dikatakan sedang menuruni bukit telah ternampak Dahmurdin dan bertindak untuk mengejarnya. Terkejut dengan apa yang dilihat, dia kemudian cuba untuk melarikan diri tetapi terjatuh menyebabkan gajah itu terus menyerangnya.

Gambar hiasan

Gajah itu kemudian membelit kakinya menggunakan belalai dan mengheretnya ke tempat susunan pelepah sebelum cuba menghempasnya ke tanah. Mujur seorang pekerja bernama Sabri yang kebetulan berada di sekitar tempat kejadian menyaksikan insiden itu dan segera berlari ke arahnya untuk menyelamatkan keadaan.

Sabri kemudian melaungkan ‘Allahuakbar’ dan menjerit meminta tolong untuk menarik perhatian pekerja lain yang berada berdekatan kawasan itu. Selepas mendengar laungan itu, gajah tersebut terus melepaskan lelaki mangsa dari belalainya dan beredar ke kawasan kebun.

Sumber : Facebook

Insiden itu menyebabkan mangsa cedera di bahagian leher, bahu dan badan. Penyelia di tempat kerjanya kemudian segera membawanya ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Nasib baik ada orang masa itu, kalau tidak tak tahulah apa jadi.

Baca : Lelaki Periksa Luar Rumah Selepas Terdengar Bunyi Bising Terkejut Dengan Apa Yang Ditemui

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *