Lelaki bergelar Datuk Seri ditahan

Posted on

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditahan polis selepas tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek yang berusia 29 tahun itu ditahan di IPD Ampang Jaya kira-kira pukul 4 petang.

“Beliau hadir menyerah diri ke IPD Ampang Jaya pada pukul 4 petang dan kita terus menahannya.

“Lelaki bergelar Datuk Seri itu akan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan 186 Kanun Keseksaan. Kita akan memohon perintah remah di Mahkamah Majistret Ampang, esok,” katanya ketika dihubungi Astro Awani di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi, Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, cedera di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki terbabit.

Kejadian dikatakan bermula apabila mereka meminta lelaki itu mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire milik suspek yang mengganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *